ASSALAMUALAIKUM..
Kepada pengunjung-pengunjung blogku yg bersawang ni.. APA KHABAR? ^_^
Moga sihat semuanya..
Dalam kesibukan menjalani hidup sebagai seorang insan, pasti kita semua disesakkan dengan pelbagai maksiat. Jadi, ayuhlah kita sentiasa beristighfar memohon ampun dariNya.
Mana tahu kesusahan hidup kita berpunca dari dosa-dosa kita yang berlambak.
Mana tahu lambatnya jodoh kita kerana dosa yang menimbun.
Mana tahu kesempitan wang, masalah bertimpa-timpa berpunca dari dosa yang kita kumpul setiap hari.
Dan ujian-ujian ini hanyalah untuk mengangkat martabat hamba-hambaNya yang sabar..
Jadi, ayuhlah sama-sama perbanyakkan istighfar.. Moga-moga Allah mudahkan setiap langkah kita meraih cintaNya.
Kalau kita rasa Allah makin jauh dari kita, itu bermakna kita yang makin jauh dengan Allah.
Maka, jangan berlengah lagi. Mulakan langkah untuk dekat denganNya. Sesungguhnya, kita tidak pernah lewat untuk bertaubat selagi mati belum menjemput kita..
Kepada sesiapa yang terbaca blog insan yang fana ini, mintak maaf untuk segala-galanya......
WALLAHUALAM.
Jika hari ni kau terlalu gembira,pastikan ia kerana Islam tercinta.. Jika hatimu sedih dan pilu,tentu ia kerana Islam dicela.. Manakan kau terleka,kerana hidupmu penuh dengan perjuangan tak terduga.. Seandainya lena panjangmu mendahului kemenangan perjuangan ini,nantikan selautan keindahan dan kelazatan di sana nanti... INDAHNYA PERJUANGAN
9.3.15
23.2.15
Duniaku
Bismillah..
Dah lama sangat tak jenguk blog.. dah bersawang.
Alhamdulillah.. Dalam kesibukan urusan-urusan duniawi, tiba tergerak hati nak tengok dan update sini.
Sekarang, 2015.
Sebelum 2015, 2014.
Hmm...
Pelbagai ujian dan dugaan dariNya, semata-mata untuk panggil hamba-hamba supaya sedar bahawa mereka ada Pencipta Yang Maha Agung. ALLAH S.W.T..
2014..
Banjir besar yang sangat dahsyat. Yang telah menelan insan-insan yang sudah pun ditetapkan ajal masing-masing, dengan pelbagai cara. Insan lain pula kebuluran tiada makanan, apatah lagi mahu membersihkan diri yang selama ini selesa dengan pelbagai nikmatNya. BERSYUKURKAH KITA?
Tangisan perit ditanggung seluruh manusia. Tiada siapa mampu menghentikan kesengsaraan ini hatta manusia yang sebelum ini bongkak, sombong dengan kekayaan yang mereka miliki, pun tidak mampu menyelamatkan insan yang mereka sayang. Semuanya redha, pasrah.
Namun, bila Allah hentikan bencana ini, menyembuhkan mereka yang sakit, mengembalikan nikmat-nikmat yang selama ini dinikmati oleh sekalian manusia, ada pula maksiat-maksiat di sana-sini, seolah-olah pembuat maksiat tersebut tidak pernah merasa bencana yang sebelum ini mereka tangisi. Inilah hakikat dunia. Tidak sedar diri bahawa mereka hanya seorang insan yang lemah, tidak punya apa-apa.
Sungguh dahsyat Tamadun manusia masa kini!
ALLAHUAKBAR....
Dan sekarang, Mac 2015.. Kemarau yang sangat panas.
Jagalah kesihatan..
Banyakkan minum air..
Wallahualam.
HIDUP UNTUK MEMBERI ^^,

5.4.14
Assalamualaikum..
Hmm.. xtau tajuk ape yg sesuai untuk entri kali ni.. Sekadar ingin berkongsi rasa hati yang sentiasa pasang surut arusnya..
Minggu lepas, terasa sangat nak balik rumah. Terjerit-jerit hati ni nak jumpa sedara mare, tanpa sebab.
Khamis, 3 April 2014..
Pada siang hari tu, saya beraktiviti seperti biasa, mengajar dan mendidik anak-anak muda di sebuah sekolah di Kemaman. SMIAAK. Minggu tu merupakan minggu ke-10 saya berbakti dan menimba pengalaman di sekolah tersebut. Alhamdulillah. Pengalaman yang cukup mendewasakan saya. Seperti biasa, malam hari merupakan malam untuk qiamullail disamping mengisi masa lapang dengan ceramah agama, juga di tempat tersebut. Sedang syok mendengar tazkirah, tiba-tiba saya mendapat 'misscall' dari ayah yang berada di Dungun. Saya call ayah..
"Innalillah wa inna ilaihi raaji'un"
Hanya kalimah mulia itu yang mampu diucapkan. Rupa-rupanya, malam tersebut merupakan malam pengakhiran bagi seorang insan mulia, iaitu ayah saudara saya yang juga digelar 'ulama' pada suatu masa dulu, sebelum beliau jatuh sakit. Saya bergegas ke rumah beliau, pada malam tersebut, dan tiba di sana pada pukul 2 pagi. Sejuk mata memandang jenazah beliau. Putih bersih. Alhamdulillah. Bahagianya kalau saya pun dijemput dalam keadaan begitu. Suasana sedih dan sebak menyelubungi sanak saudara. Bacaan Al-Quran tidak henti-henti dibacakan untuk beliau. Perginya seorang pejuang agama yang sangat mementingkan kesucian Islam.
p/s : alamak. ada jamuan la plok. japgi la sambung. huhu. salam.

11.2.14
KEIKHLASAN.. CUKUPKAH SEKADAR DENGAN KATA-KATA?
ALHAMDULILLAH...
Syukur dengan nikmat kurniaanNya yang tidak pernah alpa dalam menyapa hidup kita setiap hari. Sebesar mana maksiat yang kita lakukan, Allah tetap memberikan rezeki yang cukup kepada kita, ketika kita dalam keadaan senang, mahupun susah. Allah sentiasa memerhati kita setiap hari. Malah, cctv Allah lebih hebat berbanding cctv ciptaan manusia yang mudah rosak.
Alhamdulillah.
Seringkali kita mendengar perkataan ini meniti di bibir para muslimin dan muslimat. Kadangkala juga, kita meletakkan nilai ikhlas dalam beberapa tanggungjawab yang dilakukan saban hari. Namun, sejauh mana ikhlasnya hati kita dalam menunaikan sesuatu tanggungjawab itu? Adakah sekadar ikhlas pada lisan? atau sememangnya jujur dari hati?
Manusia sering merasa tenang jika apa yang dilakukannya mendapat kerjasama dari hati. Seluruh perjalanan hidupnya indah walaupun terasa susah. Setiap hari, ucapan syukur tidak pernah lekang dari bibir. Terasa sejuk dalam lubuk hati apabila mengingatiNya. Mungkinkah ini yang dinamakan ikhlas?
Pernah saya terbaca sebelum ini..
Ikhlas itu adalah apabila seseorang itu tidak merasa susah,malas apabila melakukan sesuatu secara bersendirian, bukan sekadar beramai-ramai.
Jadi, ikhlaskah hati kita selama ini?
Tepuk dada, tanya iman di hati.

"KEIKHLASAN"

7.1.14
Dugaan
Bismillah..
Dah lama tak update blog.. Mungkin kerana masa yang kurang mengizinkan.. Mungkin jugak kerana diri sendiri yang tidak pandai menguruskan masa. **Mungkin**
Alhamdulillah.. sedar tak sedar, dah 3 bulan diriku meninggalkan alam universiti.
Sebagai 'fresh graduate' universiti yang bakal menjadi 'fresh graduate' alam dunia ni, banyak perkara yang sedang dipelajari. Antaranya, belajar bagaimana menghadapi alam yang lebih mencabar berbanding alam pembelajaran formal di sekolah dan kuliah, belajar bagaimana hidup dengan mempasakkan nilai islami dalam diri dan sebagainya. Dalam masa tengah belajar ni, banyak dugaan yang datang, semata-mata untuk melengah-lengahkan urusan hamba-hambaNya di dunia ini..
Dugaan dari dunia sekeliling.
Dugaan dari musuh licik yang tidak pernah menampakkan diri.
dan
Dugaan dari dalaman DIRI SENDIRI.
Semakin kuat perasaan ingin kembali hidup sebagai mukmin sebenar, semakin kuat dugaan dan halangan tersebut, yang hanya mampu ditepis dengan air mata dan taubat kepadaNya.
Hanya diri sendiri yang bakal menyelamatkan diri sendiri.Bukannya orang lain. Sebanyak manapun nasihat dari insan lain, namun jika diri sendiri tidak mahu berubah, semuanya hanyalah sia-sia sahaja.
Muhasabahlah diri.. Banyakkan istighfar, dan berzikir kepadaNya..
Hidup ni dah tak lama. Sudah-sudahlah siksa diri sendiri dengan dosa.
JOM BERUBAH ^^
Wassalam.

8.10.13
Ibu, maafkan adik..
Ibu..
Adik sayang ibu..
Adik tahu, ibu pun sayangkan adik.. kan?
Tapi, kenapa ibu????
Setiap hari, ibu berhempas pulas bekerja untuk menyara
adik, kakak, abang..
Ibu kata, adik, kakak, abang mesti belajar rajin-rajin..
supaya kami tak susah macam ibu..
Ibu selalu suruh kami baca buku supaya kami cemerlang
dalam peperiksaan..
Tapi, kadang-kadang, adik malas, ibu..
Bila ibu suruh baca buku, adik buat tak dengar je..
Ibu tak marah adik pun..
Ibu ulang lagi, supaya adik buat apa yang ibu suruh..
Adik buat tak dengar sambil tengok tv..
Ibu ulang lagi dengan lembut, “bacalah nak..ya..”
Akhirnya, adik baca buku dengan muka yang masam.
Ibu sabar je..
Ibu..
Ingat tak hari tu, masa hari pertama adik masuk sekolah..
Adik nangis-nangis tak nak pergi..
Adik mengamuk..
Tapi, ibu pujuk adik dengan penuh kasih sayang..
Ibu kata, kalau adik pergi sekolah, nanti ibu nak belikan
adik aiskrim..
Adik pun pergi la ke sekolah..
Sampai kat sekolah, adik tak nak masuk kelas..
Ibu pujuk adik, sampai akhirnya ibu pun terpaksa teman
adik kat sekolah..
Tapi, ibu tak marah pun..
Ibu sabar je..
Ibu,
Bila adik dah masuk tingkatan 2..
Adik buat masalah kat sekolah..
Adik pukul kawan adik sebab adik geram dengan dia..
Dia kata adik takde ayah, sebab ayah adik meninggal masa adik
belum lahir lagi..
Adik sedih.. Adik geram.. Tak patut dia cakap macam tu
kan, ibu..
Adik bersyukur sebab ada ibu yang sangat penyayang..
Bila balik rumah, adik tengok, ibu tengah menangis..
Adik tanya ibu, kenapa menangis..
Ibu terus marah-marah adik..
Ibu kata, ibu tak pernah ajar anak ibu pukul orang..
Adik pun mintak maaf dengan ibu..
Adik janji tak nak buat lagi..
Malam tu, adik tidur dengan air mata, ibu..
Ibu,
Siang malam ibu bekerja keras..
Ibu kata adik kena masuk university..
Supaya dapat kerja bagus-bagus nanti..
Bolehlah adik jagakan ibu nanti bila ibu dah tua, tak
larat..
Adik senyum..
Masa tu, adik janji akan balas jasa ibu..
Adik kata, nak pergi luar negara..
Adik nak sangat pergi sana..
Nak tengok negara orang..
Ibu diam je..
Adik tahu ibu tak nak berjauhan dengan adik..
Tapi, adik buat tak tahu je..
Adik nak pergi jugak..
Ibu..
akhirnya, adik dapat tawaran melanjutkan jurusan perubatan
di Timur Tengah..
Adik gembira, ibu..
Ibu pun turut tersenyum..
Masa tu, adik tengok, ada air kat kelopak mata ibu..
Adik ingat, ibu gembira sebab adik dapat pergi luar
negara..
Tapi, bila masuk bilik, ibu menangis sorang-sorang..
Adik buat tak kisah..
kakak dan abang banyak nasihat adik supaya fikir
baik-baik..
Abang kata, ibu dah tua, tak larat dah.. takkan awak nak
belajar jauh-jauh gak..
Adik buat tak dengar..
Yang adik tahu, adik nak pergi negara orang..
Nak rasai keseronokan kat sana..
Lagipun, adik pergi sana supaya dapat jadi doctor,
Boleh rawat ibu nanti..
Ibu..
Berbekalkan biasiswa tajaan yang ditawarkan, adik pun
terbang ke Timur Tengah..
Adik belajar banyak perkara kat sana..
Adik pun dah pandai cakap arab, ibu..
Nanti,balik Malaysia, adik nak sembang- sembang dengan
ibu, dalam Bahasa Arab je.. hehe
Mesti ibu tak faham, kan..
Ibu..
5 tahun adik kat sana..
Walaupun tahun kedua, abang dan kakak telefon adik,
bagitau yang ibu sakit kuat..
Tapi ibu, adik takde duit nak balik Malaysia..
Adik terpaksa menanggung luka kat sana..
Masa kakak telefon adik, adik nangis-nangis sebab tak
dapat jenguk ibu..
Kakak marah adik.. Dia kata adik degil sebab tak dengar
cakap..
Adik diam je..
Apa yang adik fikir, adik pergi negara orang sebab nak
belajar..
Adik nak bela keluarga adik..
Adik nak bantu orang sakit..
Adik nak rawat ibu setiap hari supaya ibu tak sakit..
Lepas tu, adik tak dengar khabar dah tentang ibu..
Kakak dan abang pun senyap je, tak telefon adik..
Adik pasrah je..
Ibu..
5 tahun kemudian,
Adik sudah menjadi doctor..
Adik pulangdengan bangga, ibu..
Adik balik rumah..
Adik cari ibu, kakak dan abang..
Ibu..
Bila sampai kat rumah..
Adik tengok orang ramai kat rumah adik..
Adik ingatkan kakak nak kawin ke ape..
Bila adik naik atas rumah..
Adik tengok , ada 3 mayat terbujur kaku..
Adik kaget, terkejut..
Mayat sape ni…
Ibu..
rupa-rupanya, Allah lebih sayangkan ibu, kakak dan
abang..
Bila tanya orang kampong, baru adik tahu..
Ibu meninggal sebab sakit..
Kakak dan abang pulak meninggal masa berkejaran ke
hospital, Mereka kemalangan..
Ibu..
Kakak..
Abang..
Adik mintak maaf..
Bukan niat adik nak buat kalian begini..
Adik menyesal sekarang..
M.e.n.y.e.s.a.l..
Tapi, apa kan daya..
Allah lebih berhak menentukannya..
Maafkan adik, ibu..
Maafkan adik, kakak..
Maafkan adik, abang..
Setiap manusia membuat kesilapan.Bertaubatlah.. |
Dedikasi untuk semua ibu..
T.E.R.I.M.A-K.A.S.I.H-I.B.U
29.6.13
Introspeksi diri..
Alhamdulillah.. Baru balik dari mengendalikan program adik-adik form 3 dan form 5 di sebuah sekolah.. Syukur alhamdulillah, berkesempatan memesan satu dua perkara kat adik-adik, sebagai panduan mereka kelak.
Dalam berkongsi pengalaman lalu, aku belajar sesuatu..
"Tiada erti sebuah amalan tanpa keikhlasan"
Allah swt hanya akan mencampakkan amalan-amalan kita, jika amalan tersebut dilakukan atas niat untuk kepentingan duniawi. Sehebat mana pun kita, Allah Maha Hebat dalam mengetahui setiap isi hati hamba-hamba ciptaanNya. Gerak kerja yang mantap hanya satu ujian dari Allah untuk menguji hambaNya, sama ada hamba-hambaNya buat gerak kerja tersebut dari hati, atau sekadar diniatkan untuk tontonan umum bahawa 'aku pandai buat kerja'. Yang penting, dalam menjalankan segala amanah bersama sahabat-sahabat lain, BERSANGKA BAIK perlu ada. Mungkin kondisi sahabat yang agak bermasalah dalam sesuatu perkara tu, atas sebab2 yang memang tak dapat dielakkan..
BERSANGKA BAIK, BERLAPANG DADALAH~
Gembira dapat berkongsi dengan adik2 yg masih suci, dan dahagakan ilmu. Alhamdulillah. Semoga segala perkongsian yang diberikan, mampu menjadi teguran buat diri yang kerdil ini, dan buat adik-adik semua. Sepanjang mengendalikan kem ni, terserlah kebudak-budakan adik-adik. Terdetik di hati,"aku pun macam ni ke dulu...?" huhu.. xpe. perubahan masa yang akan mematangkan kita, insyaAllah..
Bila diceritakan tentang cabaran-cabaran di alam kampus, semua kelihatan terkejut. Banyak kes yang berlaku, terutama kes-kes murtad yang melibatkan pelajar melayu. Sedih bila kes-kes ni turut melibatkan pelajar sekolah agama sendiri. Kes-kes lain,seperti kes couple,pergaulan bebas, lahir anak luar nikah,pun menjadi kes terbanyak di alam kampus. Naudzubillah. Moga Allah lindung adik-adik, dan diri ini. amin.
Maka,sebab itulah nabi kita sendiri pesan kat kita, jangan hidup sorang-sorang. Cari kawan yang baik, yang boleh didik kita. Cari pengisian hati. Jangan tinggal quran, zikir. InsyaAllah mampu jadi benteng diri kita.. Dan, Jangan lupa untuk berdoa memohon perlindunganNya. insyaAllah.

19.6.13
Dilema
Bismillahirrahmanirrahim..
Allah Tuhanku.. Aku akui. Diriku banyak khilaf. Banyak silap. Banyak kekurangan..
Bukan niatku untuk terlalu memilih. Malah, aku selalu mengadu padaMu, supaya memberikan aku jawapan yang pasti.. Hanya padaMu akan ku percaya, tidak pada makhluk-makhlukMu. Jika itu yang Kau beri, maka itulah jua yang akan ku ambil..
Allah Tuhanku.. Terima kasih sangat-sangat untuk petunjukMu. Engkau memanduku untuk melangkah dan terus melangkah. Namun, kadang-kadang, langkahku pincang. Aku lemah ya Allah.. Aku perlukan kekuatan itu. Namun, bagaimana Ya Allah, Ya Latif ?
Pernah aku terfikir. Sebelum aku memohon kekuatan itu pada padaMu melalui makhlukMu yang lain, aku dululah yang perlu menyebarkan kekuatan itu. Pernah aku mencubanya. Payah terasa. Sangat payah untuk meneruskannya. Kadang-kadang, aku merasakan bahawa aku tidak mampu untuk terus bertahan, sehinggakan aku hampir tidak memikirkannya dan menyerahkannya kepada takdir. Biarlah takdir dan masa yang menentukan.. Aku redha..
Apa yang perlu aku lakukan Ya Rabb..... Bantulah aku.. Hari demi hari, keadaan makin memaksa. Aku sentiasa dalam dilema, tanpa pertolonganMu.. Sesungguhnya, selama-lamanya, aku hanyalah insan yang lemah, dan tidak mampu melakukan sekecil-kecil perkara, tanpa izinMu. Ya Allah, ketahuilah.. Aku mengharapkan redhaMu, keizinanMu, petunjukMu untuk terus melangkah dalam dunia yang penuh dugaan ini, Ya Allah..
Allah tuhanku.. Jika dosa-dosaku menghijab pertolonganMu kepadaku, ampuni aku Ya Allah.. Aku lemah tanpa ampunanMu Ya Rabb..

18.6.13
Jaga hati, untuk jaga amalan.. NIAT FIRST~
Bismillahirrahmanirrahim..
Ketahuilah jiwaku, natijah yang nampak seolah-olah Islami, tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan Allah, ditolak Allah swt dan pelaku-pelakunya disiksa pula oleh Allah swt.
Satu hadis Rasulullah saw, yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, wajar kita hayati..
"Perkara pertama yang akan diputuskan di hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat Allah kepadanya. Setelah diakui banyaknya nikmat Allah, maka ditanya: "Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu?" Jawabnya : "Saya telah berjuang untukMu sehinggalah mati syahid. Jawab Allah : "Dusta engkau, tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal demikian." Kemudian diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka.
Begitu juga nasib seorang pelajar yang telah pandai serta mengajar al-Quran. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menerima semua amalnya dan mengatakan bahawa amalnya itu bertujuan untuk terkenal sebagai Qari. Kemudian diseret mukanya ke dalam neraka.
Seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya juga dicampak ke neraka. Ini kerana amalannya terputus hubungan dengan Allah dan bertujuan untuk dikenali sebagai dermawan."
Duhai jiwaku..
Tidakkah hadis ini cukup menggerunkanmu? Sedangkan seorang yang mati syahid, Qari, dan dermawan pun dicampak ke neraka,inikan pula aku? Sudahlah sikit amalku, bercampur baur pula dengan karat mazmumah. Biarpun hidupku dekat dengan Islam, namun...
BERSIHKAH ENGKAU, DUHAI HATIKU??
Persediaan hati perlukan proses tarbiah tersusun bermula dengan tazkiyah an-nafs dan mu'alajatul uyub (mengikis keaiban). Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukan sedikit. Ia tidak boleh diambil mudah! Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan Allah akan memampukan seseorang melakukan setiap apa yang diperintahkan Allah swt serta menjauhi segala laranganNya secara menyeluruh. Inilah hakikat perhambaan sebenarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan Allah.
Hayatilah bagaimana dekatnya para Rasul dan pengikutnya dengan Allah setiap detik nadi mereka berdenyut. Setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu dihubungkan kepada cinta Allah agar menjadi sebati di dalam hati dan lahir pula dalam tingkah laku kita. Kita cintakan Islam Kaafah!! Bukan sekadar sistem pentadbiran yang perlu Islamik tetapi sistem diri kita juga perlu Islami merangkumi hati, pemikiran dan amalan. Berkata Hassan al-Hudaibi : Tegakkan Islam dalam diri, nescaya tertegaklah Islam dimuka bumi. Wahai diri, bagaimanakah praktikalnya?
Kekuatan hubungan dengan Allah sahajalah yang menjadi tenaga penggerak hati, rasa, pemikiran dan sahsiah diri sejajar dengan syarat-syarat keislaman. Inilah rahsia kekuatan sebenar yang akan mencorak seseorang dengan corakan Allah swt (sibghotullah) walaupun di tempat sunyi ataupun di khalayak ramai,gelap atau terang,susah atau senang, setiap ketika, di mana sahaja. Inilah proses didikan yang dilakukan oleh Rasulullah saw kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi al-Quran yang unik.
Iman mereka diiktiraf oleh Allah dan apa yang wajar dicontohi ialah keimanan mereka, cara mereka berhubung dengan Allah dan RasulNya, keyakinan mereka, cara berfikir dan tingkah laku mereka. Hakikat ini perlu diyakini dan dirasai untuk mengikut jejak langkah mereka. Sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan Allah sebagai titik tolak dalam melaksanakan Ubudiyyah kepada Allah (menegakkan Islam dalam diri dan muka bumi), maka kita juga mesti menerima hakikat ini sebagai satu prinsip yang utama.
Hakikat ini perlu dirasai agar setiap rasa, pemikiran, tingkah laku kita selaras dengan kehendak Allah, jernih dengan fikrah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Itulah generasi Al-Quran yang unik. Oh, hati! Kenapa ruhiyyahmu gersang? Adakah kau jauh daripada Allah??
Aduhai..
Hati sebeginikah yang akan membawa orang mengenail ALLAH??
Oh H.A.T.I.....
~nukilan oleh TH~
Wallahualam

5.6.13
CARA-CARA MEMIMPIN HATI
Hati mesti dipimpin agar ia menjadi bersih atau baik. Kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila ia bersih, akan membersihkan seluruh kehidupan lahirnya. Di antara cara-cara memimpin hati ialah:
Pertama:
Ada ilmu tentang hati atau roh. Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Apalagi untuk ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan.
Kedua:
Perlu latihan-latihan praktikal melalui:
a. Mujahadatunnafsi
b. Istiqamah
c. Tafakur
d. Bergaul dengan orang yang baik-baik
e. Pimpinan mursyid
A. MUJAHADATUNNAFSI
Mujahadatun nafsi itu, di antara caranya ialah dengan menem-puh tiga peringkat iaitu:
1. Takhalli – mengosongkan, membuang atau menyu-cikan daripada sifat-sifat yang keji.
2. Tahalli - mengisi atau menghiasi dengan sifat-sifat terpuji.
3. Tajalli - terasa kebesaran dan kehebatan Allah atau sentiasa rasa bertuhan.
Pada ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan mengadakan latihan yang dinamakan riadatunnafsi( Yakni latihan melawan atau memerangi semua kehendak-kehendak hati yang jahat, yang didorong oleh hawa nafsu. Cara memeranginya ialah melalui latihan-latihan menolak kemahuan jahat yang ditimbulkan oleh nafsu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1. TAKHALLI
Di peringkat takhalli, kita mesti melawan dan membuang dengan memaksa terus-menerus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah (jahat) dan dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak memaksa diri untuk membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh secara terus-menerus dari diri kita, selagi itulah nafsu jahat akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau.” (Riwayat Al Baihaqi)
Kerana kejahatannya itu, telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan untuk tunduk dan bertuhankan hawa nafsu. Ini ada diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya: “Apakah engkau tidak perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan, lalu dia dibiarkan sesat oleh Allah berdasarkan ilmu-Nya.” (Al Jasiyah: 23)
Apabila nafsu jahat itu dibiarkan menguasai hati, iman tidak akan ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenarnya tetapi dia akan menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dipermudah-mudah dan dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar. Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada Sahabat-Sahabat ketika baginda berangkat pulang dari satu medan peperangan:“Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar.” Bila para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu?” Baginda berkata: “Peperangan melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)
Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula dipegang, senanglah kita picit dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah, menguasai seluruh tubuh kita. Bahkan ia menjadi sebahagian daripada jasad kita iaitu tubuh yang halus (jismul-latif). Kerana itu, tanpa kesedaran, kemahuan dan paksaan yang sungguh-sungguh, kita pasti dikalahkannya, kemudian ia peralatkan semahu-mahunya.
Untuk lebih jelas, disenaraikan peringkat-peringkat nafsu manusia. Sepertimana iman itu sendiri berperingkat-peringkat, begitu juga nafsu. Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya sehingga nafsu manusia itu benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah.
Berikut ialah peringkat-peringkat nafsu yang saya senaraikan mengikut aturan tingkatannya:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah
Orang yang imannya di taraf iman ilmu, nafsunya berada di taraf yang kedua iaitu nafsu lawwamah. Kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga ia mahu tunduk sepenuhnya pada perintah Allah iaitu paling minima, nafsu mutmainnah. Nafsu mutmainnah ada pada orang yang memiliki iman ayan. Di peringkat inilah sahaja kita akan dapat menyelamatkan diri daripada seksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dengan firman-Nya: “Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah), kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.” (Al Fajr: 27-30)
Di sini diperpanjangkan lagi, bagaimana mahu membersihkan sifat-sifat mazmumah yang melekat pada hati itu. Sifat-sifat mazmumah yang melekat pada hati sepertilah daki yang melekat di badan. Kalau kita malas menggosoknya, akan bertambah menebal dan kuatlah ia bertapak di badan. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan menggosoknya, maka akan bersihlah badan. Begitulah mazmumah (daki) hati. Jika kita rajin meneliti dan membersihkannya, maka bersihlah hati itu, malah ia bercahaya.
Bagaimanakah cara membuang sifat-sifat mazmumah dari hati? Tentulah tidak sesenang membuang daki di badan. Ia memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berkesan dari guru mursyid. Yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati muridnya sehingga dia tahu apakah kekurangan dan kelebihan muridnya itu. Malangnya di akhir zaman ini kita ketiadaan guru mursyid. Ini dinyatakan sendiri oleh baginda Rasulullah bahawa di akhir zaman yang banyak adalah mubaligh tetapi sukar mencari guru mursyid.
Nasib kita hari ini umpama anak ayam kehilangan ibu. Tiada yang akan memandu kita melalui jalan kebaikan yang ingin kita tempuhi. Meraba-rabalah kita. Tetapi bagi orang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk membersihkan jiwanya, dia tidak akan kecewa hanya kerana tiada orang yang boleh mendidik dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha sendiri demi kesempurnaan diri dan hidupnya, sekadar yang termampu.
Untuk jelasnya dibuat beberapa contoh, cara membersihkan hati yang jahat ini:
Contoh 1: Rasa Bakhil
Biasanya nafsu mendorong kita bersifat bakhil. Sedangkan bakhil itu dikeji dan dibenci oleh Allah. Kerana Allah mahu kita jadi pemurah. Dalam sebuah Hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Si pemurah yang jahil lebih dicintai Allah daripada ahli ibadah yang bakhil.” (Riwayat Al Khatib)
Oleh itu kita mesti melawan kemahuan nafsu itu. Paksalah hati memberi atau menderma selalu, terutamanya waktu rasa bakhil itu menguasai diri. Yang paling baik, waktu duit tinggal sedikit, waktu itulah kita latih berkorban kerana waktu itulah nafsu rasa paling tercabar. Itulah waktu yang sebaik-baiknya untuk menundukkan nafsu. Sedangkan waktu kita kaya, fungsi menderma tidaklah sebagai riadah melawan nafsu tetapi perbuatan itu sekadar dapat pahala.
Katakanlah kita sedar bahawa pada diri kita ada sifat bakhil. Kita pun tahu bahawa Allah tidak suka pada orang yang bakhil. Kerana itu kita berazam untuk mengikis sifat yang terkutuk itu. Maka kita perlu cuba membiasakan dan membanyakkan sedekah, memberi hadiah dan lain-lain amalan yang berupa pemberian hak kita kepada orang lain. Agar sifat pemurah menjadi subur dan sebati seterusnya menjadi tabiat kita. Sebagai pendorongnya, kita hendaklah selalu membaca firman-firman Allah dan Hadis-Hadis yang banyak menganjurkan kita berkorban. Di sini dipetik beberapa ayat Al Quran dan Hadis untuk menunjukkan Allah dan Rasul-Nya sangat menganjurkan sifat pemurah itu.
Firman Allah SWT: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkan sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan sebahagian dari hartamu, memperolehi pahala yang besar.” (Al Hadid: 7)
Firman Allah SWT: “Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.” (Al Hadid: 11)
Bersabda Rasulullah SAW: “Orang yang membantu perempuan janda dan orang miskin, samalah seperti berjihad di jalan Allah dan seperti bersolat malam tanpa letih, dan seperti berpuasa siang hari tanpa berbuka.” (Riwayat Bukhari)
Sebenarnya sifat bakhil bukan sahaja ada pada orang kaya dan berharta bahkan orang miskin pun tidak mustahil dihinggapi penyakit ini. Kerana itu dalam Islam bukan sahaja sedekah itu boleh dilakukan dengan harta benda tetapi boleh juga dilakukan dengan cara yang lain. Cara-cara ini dapat mendidik akhlak mulia bagi semua orang, memberi peluang pada orang miskin mengikis sifat bakhil selain turut mendapat pahala sedekah.
Allah SWT berfirman: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263)
Rasulullah SAW pernah memberikan garis-garis panduan berikut dalam satu riwayat Hadisnya: “Segala perbuatan yang baik itu sedekah.” (Riwayat Ahmad dan Bukhari dari Jabir)
Sabda Rasulullah SAW: “Senyuman kepada saudaramu itu adalah sedekah.”(Mashabi Assunah)
Lagi Sabda Baginda: “Aku khabarkan kepadamu, yang lebih tinggi dari darjat puasa, sembahyang dan sedekah. “Khabarkanlah,” kata Sahabat-Sahabat. “Mendamaikan dua golongan yang bergaduh itu sedekah.” (Riwayat Ahmad dari Abi Dardak)
Dengan menggunakan panduan-panduan di atas, orang yang menyedari ada padanya sifat bakhil, bolehlah cuba melatih diri untuk mengubatnya. Bila ada saja peluang untuk sedekah dan sebagainya, jangan dibiar begitu sahaja. Paksalah hati untuk mengeluarkan harta atau bertindak memberi kebaikan kepada orang lain dengan bermacam-macam cara itu.
Di waktu rasa bakhil itu terasa kuat bergantung di hati, waktu itulah perlawanan mesti dihebatkan. Keluarkan apa-apa yang disayangi itu dengan segera dan sebanyak-banyaknya. Latihan ini akan jadi lebih berkesan kalau kita sanggup mengeluarkan harta itu semasa kita sendiri kekurangan. Katakanlah kita didatangi oleh peminta derma di waktu kita hanya ada RM5 di poket. Waktu itu, paksakan hati supaya mengeluarkan separuh yang ada. Tentulah hati rasa berat tetapi keluarkanlah juga. Insya-Allah, kalau ini dibuat dan sanggup kita buat selalu, kita akan jadi seorang yang pemurah dan rasa bakhil akan lenyap terus dari hati kita. Katakanlah kita ada duit RM10,000 tetapi yang kita dermakan hanya RM10 sahaja, tentu tidak akan berkesan apa-apa di hati kita. Di waktu duit sedikit, rasa bakhil sangat kuat maka waktu itu kita akan rasa berat untuk menderma. Ketika itulah kita perlu lawan sifat bakhil itu. Itulah yang dikatakan latihan. Itulah caranya untuk suburkan sifat-sifat pemurah.
Contoh 2: Sifat Takabur
Sifat takabur (sombong) adalah mazmumah yang wajib sangat dikikis segera. Kalau tidak ia akan menutup semua jalan-jalan kebaikan yang mungkin dibuat oleh seseorang itu. Hampir semua dari kita ada sifat ego atau sombong ini. Untuk membuangnya, amat susah sekali. Imam Ghazali ada berkata bahawa sifat ego itu hampir-hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia. Ada ulama sufi berkata, setelah melakukan latihan melawan hawa nafsu, sifat mazmumah yang paling akhir sekali keluar dari dirinya ialah kibir, sombong atau ego.
Bagaimanapun kita perlu berusaha untuk mengurangkannya. Kita mesti cuba merendah diri dengan memaksa hati untuk merasa dan mengakui kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa. Dalam perselisihan pendapat atau pergaduhan kita dengan orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita. Atau paling tidak, akuilah bahawa kita juga turut bersalah. Bukankah ada pepatah mengatakan, “Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.”
Kalau kita mampu dan berani mengakui kesalahan, akan mampu pulalah kita meminta maaf. Hanya dengan meminta maaf sahaja dosa kita sesama manusia akan terhapus. Oleh itu perlu sangatlah kita melatih diri untuk melawan sifat sombong atau takabur itu.
Latihan yang lebih berkesan lagi ialah kita biasakan diri tinggal bersama dengan orang-orang yang dipandang rendah oleh masyarakat. Orang-orang susah, peminta sedekah, orang cacat dan siapa sahaja yang setaraf, kita dampingi dan gauli. Duduk, bercakap-cakap, minum dan tidur baring bersama mereka hingga kita rasa sama seperti mereka. Waktu itu jiwa ego kita akan berasa kesal, terhina dan terseksa sekali kerana kita merasakan orang lain semua mengejek dan merendah-rendahkan kita. Biarkan. Bisikkan di hati, “Memang awak ini asalnya miskin dan hina. Berasal dari tanah dan akan menjadi tanah. Datang ke dunia dulu tanpa seurat benang dan sesen wang.”
Kalaulah amalan ini dibiasakan, insya-Allah sifat ego itu sedikit demi sedikit akan dapat kita buang dari hati kita. Alah bisa tegal biasa dan yakinlah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Dan ingatlah selalu firman Allah: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka seseorang yang sombong lagi membangga diri.” (Luqman: 18)
Allah berfirman lagi: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu golongan menghina golongan yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihina lebih baik dari mereka yang menghina. Dan jangan pula wanita (menghina) wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dihina lebih baik dari wanita yang menghina.” (Al Hujurat: 11)
Janganlah kita berjalan di muka bumi dengan sombong kerana kekayaan kita. Kekuatan kita tentu tidak dapat membelah bumi dan ketinggian kita tetap tidak dapat menyamai bukit. Imam Syafie pernah berkata, “Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri dan tidak akan hina orang yang merendah diri.” Sifat berkasih sayang sesama manusia adalah sifat terpuji yang dituntut oleh Allah. Ia adalah lawan pada sifat sombong, hasad dengki dan berdendam sesama manusia. Untuk mendapatkannya, kita kena melakukan latihan. Untuk menyayangi orang yang kita sayang itu mudah. Itu bukan latihan namanya. Untuk sayang ayah dan ibu kita, ia tidak perlukan latihan. Memang fitrah semula jadi kita sayang kepada ibu dan ayah. Tetapi yang memerlukan latihan ialah untuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita atau berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita.
Latihan ini sangat susah hendak dibuat kerana ia sangat bertentangan dengan nafsu. Tetapi kita diminta juga untuk mengusahakannya. Sebab itu Rasulullah ada bersabda: “Hendaklah buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kamu.”
Biasanya kita hanya boleh berbuat baik dengan orang yang berbuat baik kepada kita sahaja. Kalau ada kawan yang menyinggung kita, kita tidak sanggup berbuat baik kepadanya. Sebab itulah kita kena latih melawan kemahuan jahat itu. Caranya, orang yang kita tidak suka itu, kita ajak makan bersama, ajak berbual, ajak bermesra, ajak berjalan dan lain-lain lagi. Hal ini memanglah boleh membuatkan hati susah sedikit. Tidak mungkin sekali dua kita usahakan, kita terus mendapat hasilnya. Kita kena lakukan latihan ini sepanjang masa. Bila ada peluang melakukannya, teruslah bertindak.
Sanggupkah kita membuat latihan seperti yang telah kita sebutkan tadi? Kalau kita mampu berbuat, kitalah rijal. Kitalah wira kerana sanggup memerangi nafsu. Ertinya sanggup memerangi diri sendiri. Namun ianya bukan mudah. Amat susah. Tersiksa kita dibuatnya. Adakalanya hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat baik kepada kita pun amat susah. Betapa pula hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada kita. Tentu lebih sulit lagi. Namun melalui latihan yang bersungguh-sungguh, insya-Allah ianya akan dipermudahkan oleh Allah. Allah berfirman: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)
Contoh 3: Rasa Takut
Rasa takut yang menguasai hati akan bertindak dalam berbagai bentuk mengikut suasana yang dihadapi. Contohnya, takut jin, takut harimau, takut ular, takut penjahat, takut miskin, takut orang kata, takut menegakkan kebenaran, takut maksiat dan takutkan Allah.
Di antara rasa-rasa takut yang disenaraikan di atas, ada rasa takut yang dilarang syariat dan ada pula rasa takut yang disuruh syariat. Perlu diketahui bahawa kedua-dua jenis takut ini tidak mungkin mengisi hati manusia dalam satu masa. Kalau rasa takut yang dilarang syariat ada dalam hati, maka rasa takut yang disuruh syariat, tidak akan bertapak di hati. Sebaliknya kalau takut yang disuruh syariat mengisi ruangan hati, maka hilanglah pula rasa takut yang dilarang syariat.
Tujuan melawan hawa nafsu yang dianjurkan syariat adalah untuk membuang segala rasa takut yang dilarang, untuk diganti dengan rasa takut yang disuruh. Kemuncak rasa takut yang dikehendaki syariat ialah rasa takutkan Allah, dengan erti takutkan segala azab yang dijanjikan oleh Allah di dunia apalagi di Akhirat.
Untuk itu kita mesti melawan nafsu kita yang takut pada hantu atau momok misalnya. Setiap kali kita terserempak dengan suasana itu, jangan kita mengalah dengan nafsu. Kuatkan hati dan tanamkan keyakinan bahawa Allah sahaja yang layak kita takuti. Yang lain-lain hanyalah makhluk seperti kita dan tidak ada apa-apa kuasa.
Untuk lebih berkesan, cuba di waktu tengah malam, kita pergi sendirian ke tanah perkuburan atau ke tempat-tempat yang menyeramkan. Masya-Allah! Tentulah takut. Takut itulah yang mesti kita lawan. Lawan dengan iman dan ilmu. Yakin bahawa tidak ada suatu kuasa pun yang boleh memberi kesan melainkan kuasa dan keizinan Allah. Waktu itu, isikan hati dengan zikrullah. Sedar dan yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama dan Allah sangat hampir dengan kita. Allah Maha Melihat dan sedang melihat apa yang kita lakukan. Allah Maha Mendengar dan sedang mendengar apa yang kita katakan. Allah Maha Mengetahui segala masalah yang sedang melanda hati kita. Allah penentu, Allah pemutus, Allah penolong, Allah pembantu, Allah penyelamat dan Allah Maha Kasihan Belas pada hamba-hamba-Nya yang mahu mengikut jalan-Nya. “Mereka yang bermuhajadah (berjihad untuk mencari keredhaan Allah) pada jalan Kami, akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)
Lakukan latihan ini dengan tawakal dan doa yang sungguh-sungguh, agar Allah merestui dan memudahkan perjalanan kita. Buangkan rasa takut itu dan gantikan dengan ingatan serta keyakinan hanya pada-Nya.
Bagi orang yang ingin menegakkan kebenaran, tetapi takut dikata orang, takut dihina, takut dibuang kerja, takut ditangkap, takut dijel, takut dibenci dan diketepikan, juga wajib bermuhajadah. Lawanlah rasa takut yang begitu dengan bertindak melakukan amalan tersebut. Misalnya kita takut hendak menghantar anak ke sekolah yang terjamin ada pendidikan Islam, dengan alasan takut tidak dapat kerja, takut gelaplah masa depannya di samping takutkan sikap hidup yang konon ketinggalan zaman.
Cara melawannya ialah hantarkan sahaja anak ke sekolah yang ditakuti itu. Kuatkan hati, pejamkan mata, pekakkan telinga dan lepaskan si anak pergi. Apa sahaja yang dibisikkan nafsu dan syaitan itu kita lawan. Jangan dilayan. Tawakal dan berdoa kepada Allah semoga usaha itu direstui dan semoga Allah bukakan jalan-jalan kemenangan kepada kita di dunia dan Akhirat.
Bagi orang-orang yang tidak melawan nafsu, imannya tidak mungkin dapat bertambah. Malah makin berkurang. Sama ada mereka sedar atau tidak, mereka telah diperhambakan oleh nafsu, menempah kecelakaan dan kutukan Allah di dunia dan Akhirat. Sebenarnya apa yang ditakuti itu, baik jin, mahupun kemiskinan atau penghinaan dari orang lain, pada hakikatnya tidak begitu. Adakah selama ini jin yang mencekik dan membunuh orang? Benarkah orang yang berpendidikan Islam itu miskin dan hina? Benarkah orang yang berpendidikan sekular terjamin hidup dunianya? Cubalah renung dan fikirkan hakikat ini. Kemudian sesuaikan pula dengan firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu tolong Allah, Allah akan menolong kamu dan Dia akan menetapkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)
Demi Allah yang tidak akan mungkir janji, yakinlah bahawa setiap usaha yang bertujuan mencari keredhaan-Nya pasti mendapat jaminan dan dimuliakan. Seperkara yang harus kita sedar bahawa Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih itu, sentiasa bersedia untuk menolong sesiapa sahaja dari hamba-hamba-Nya. Kerana telah ditetapkan-Nya bahawa untuk mendidik hati, menambah iman itu perlu kita banyakkan latihan melawan hawa nafsu, maka Allah sendiri selalu memberi peluang pada kita untuk berbuat demikian.
Mehnah atau ujian dari Allah yang selalu menimpa kita seperti miskin, sakit, kematian, kecacatan anggota, kekurangan rupa paras, lemah dan bodoh, kata nista, hasad dengki orang, bencana alam dan lain-lain kesusahan serta penderitaan itu adalah peluang yang Allah berikan untuk kita bermujahadah.
Lagi tinggi taraf iman seseorang, lagi banyaklah mehnah yang Allah datangkan. Demikian maksud sabda Rasulullah SAW: “Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.” (Riwayat At Tirmizi)
Apabila jiwa dihimpit dengan kesusahan-kesusahan, ertinya nafsu tercabar. Nafsu bakhil, sombong, penakut dan lain-lain mazmumah itu menjadi sakit dan terseksa setiap kali ditimpa ujian. Sesiapa sahaja sama ada orang Islam atau bukan Islam, asalkan dia hamba Allah, pasti merasakan hal ini. Bagi orang-orang yang beriman, dia sedar maksud Allah berbuat begitu. Setiap kali ditimpa ujian dia cepat-cepat memberitahu hatinya bahawa kalau ia sabar dan redha dengan ujian itu ia pasti akan mendapat satu dari dua yakni:
1. Penghapusan dosa atau
2. Kasih sayang Allah dan pangkat darjat di Syurga
Apabila diyakini sungguh-sungguh, bagi kita yang bertaraf iman ilmu tentu akan sanggup bermujahadah, memaksa nafsu untuk tenang dan merasa tidak ada apa-apa dengan penderitaan itu. Kalau kita miskin, maka pujuklah hati untuk tidak sedih dan susah hati dengan kemiskinan. Kajilah kebaikan yang diperolehi oleh orang miskin, di dunia mahupun di Akhirat. Misalnya di dunia kita beruntung, tidak payah mengurus, tidak payah bertanggungjawab membantu orang lain. Di Akhirat pula hisab akan dikurangkan dan dipercepatkan masuk ke Syurga.
Kemudian ajaklah hati untuk menerima pemberian Allah itu dengan redha, tanpa kesal dan buruk sangka dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah cukup tahu kenapa kita perlu miskin. Kita pula sangat lemah untuk memahami hakikatnya apalagi untuk menangkisnya. Ibarat baju kita yang mana ia tidak pernah tahu kenapa kadang-kadang dibasuh, kadang-kadang digosok, kadang-kadang dijahit, kadang-kadang dipakai dan kadangkadang dibuang. Maka begitulah kita yang jahil tentang rahsia diri dan hati sendiri. Amat munasabahlah untuk kita redha dan sabar dengan ketentuan Allah kepada kita.
Memang di peringkat mujahadah, hati masih sakit dan tidak puas hati. Hanya jagalah supaya kita tidak gelisah, tidak mengungkit-ungkit, tidak mengadu-ngadu serta tidak buruk sangka dengan Allah. Kalau sifat ini dapat dikekalkan, insya-Allah peluang untuk meningkatkan iman adalah besar. Sebaliknya kalau setiap ujian dihadapi dengan keluh-kesah dan gelisah, kebimbangan, tidak sabar dan buruk sangka dengan Allah, bersedialah untuk menanggung kegelisahan jiwa yang perit dan penderitaan di Akhirat yang amat sangat.
Untuk pengetahuan kita, perlu dinyatakan bahawa bagi orang-orang muqarrobin dan nabi-nabi, iman yang tinggi menjadikan mereka lebih senang hidup dalam kesusahan daripada kesenangan. Mereka lebih inginkan kekurangan daripada kecukupan. Sebagai bukti cuba kita lihat doa Rasulullah SAW: “Wahai Tuhan, hidupkan aku di dalam ke-miskinan, matikan aku dalam kemiskinan dan kumpulkan aku dalam Syurga bersama orang-orang miskin.” (Riwayat At Tirmizi)
Sayidina Ali dalam sejarahnya pernah ketika dia hanya ada sebiji kurma untuk berbuka puasa, tiba-tiba datang peminta sedekah meminta makanan, terus diberikannya kurma yang sebiji itu.
Seorang perempuan di zaman Rasulullah SAW, yang punya tiga anak lelaki, sanggup melepaskan kesemua anaknya ke medan perang. Dia senyum ketika anak sulung dan anak keduanya mati syahid di medan perang tetapi menangis bila diberitahu anak bongsunya juga syahid. Bila ditanya kenapa dahulu senyum, sekarang menangis? Beliau menjawab: “Aku sedih kerana tiada lagi anak yang boleh aku korbankan untuk jihad fisabilillah.”
Nafsu kita juga selalu membuatkan kita kelu dan takut untuk bercakap bila berhadapan dengan orang-orang besar atau raja. Sedangkan bercakap benar di hadapan raja yang zalim itu adalah dituntut. Rasulullah SAW bersabda: “Jihad yang paling utama itu berkata benar kepada penguasa yang zalim.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Oleh itu kita mesti berusaha dapatkan sifat berani. Untuk melakukannya, mesti biasakan bercakap kebenaran bila semajlis dengan orang-orang besar. Memanglah di permulaannya kita akan rasa gementar tetapi lama kelamaan rasa takut pada makhluk itu pasti hilang. Yang timbul hanya rasa takut pada Allah sahaja.
Tanpa latihan tidak mungkin kita boleh buat peningkatan. Sedangkan latihan itu memang sulit. Kerana kita dihalang oleh nafsu. Rasa takut dan rendah diri itu sudah lama mendarah mendaging. Jadi dengan jiwa tauhid yang kuat dan ampuh bertunjang di hati saja, kita mampu menolak nafsu-nafsu takut dan hina diri itu. Terutama bila berhadapan dengan orang besar atau orang yang berkuasa.
2. TAHALLI
Tahalli bererti menghias. Yakni perkataan lawan bagi takhalli. Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati dari sifat-sifat terkeji atau mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah. Untuk mudah difahami, cuba gambarkan hati kita sebagai sebuah mangkuk yang kotor. Kemudian mangkuk itu dibersihkan. Setelah bersih, jangan dibiarkan ianya kosong. Isikan dia dengan barang-barang yang berharga dan makanan yang lazat. Begitu jugalah dengan hati yang telah dibersihkan daripada sifat-sifat mazmumah tadi. Janganlah dibiarkan ianya kosong. Mestilah diisi dengan sifatsifat mahmudah pula.
Untuk mengisi hati dengan sifat mahmudah, sekali lagi kita perlu mujahadah. Saya tegaskan sekali lagi, bahawa dalam pe-ringkat mujahadah ini, kita masih berasa berat dan susah. Susahnya memerangi hawa nafsu itu kerana hakikatnya kita terpaksa memerangi diri kita sendiri. Bukankah sebelum ini kita katakan nafsu itu sebahagian dari jasad kita, iaitu jasad halus kita (jismul latif). Maknanya belum ada ketenangan dan kelazatan yang sebenar. Bagaimana hendak lazat kalau terpaksa memerangi diri sendiri. Insya-Allah, kalau kita bersungguh-sungguh, lama kelamaan bila ia sebati dengan hati, di waktu itu akan terasalah lazatnya. Kerana setelah kita bersungguh-sungguh, Allah akan membantu sepertimana janji-Nya dalam Al Quran.
Cara-cara mujahadah dalam tahalli samalah seperti kita mujahadah untuk takhalli. Macamlah juga orang yang buat latihan senaman untuk sihatkan badan. Peringkat awal tentulah terasa letih, menjemukan dan sakit-sakit badan. Tetapi akhirnya nanti, dia akan rasa seronok dan terhibur dengan senaman itu. Begitulah juga dalam riadatunnafsi ini. Ertinya, kita bersenam secara rohaniah. Peringkat awal tentulah jemu dan terseksa tetapi akhirnya ia akan mesra dengan tabiat diri kita.
Misalnya, kita mahu menghiasi hati dengan sifat pemurah. Maka kita mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita, terutama yang kita suka dan sayang, untuk diberi pada yang memerlukannya. Mulanya tentu terasa berat dan payah. Tetapi jangan menyerah. Kita lawan. Ingatkan hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk dapatkan pahala sedekah. Sayidatina Aisyah r.ha. di waktu tiada apa yang hendak dimakan, beliau cuba juga mendapatkan walau sebelah kurma untuk disedekahkan. Begitu kuat keinginan mereka pada pahala dan rindunya dengan Syurga. Mereka berlumba-lumba menyahut pertanyaan Allah SWT: “Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.” (Al Hadid: 11)
Setiap kali kita rasa sayang pada harta, setiap kali itulah pula kita keluarkannya. Insya-Allah lama-kelamaan kita akan memiliki sifat pemurah. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudah yang lain seperti kasih sayang, berani, tawadhuk dan sebagainya, perlulah kita miliki. Untuk itu kenalah bermujahadah. Jika tidak, iman juga turut hilang. Sebab iman itu terdiri di atas sifat-sifat mahmudah.
3. TAJALLI
Sebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli , kita akan memperolehi tajalli. Iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi. Agak sukar untuk dituliskan atau digambarkan dengan bahasa. Apakah yang dikatakan tajalli? Yang sebenarnya ia adalah sejenis perasaan yang bersifat maknawiah (zauk), yang hanya mungkin dimengertikan oleh orang-orang yang mengalami dan merasainya. Sepertilah kemanisan gula, tidak akan dapat digambarkan secara tepat.
Tajalli secara ringkas, secara asas dan secara mudah difahami ialah perasaan rasa bertuhan, rasa dilihat dan diawasi. Hati seakan-akan celik, hidup, nampak dan terasa kebesaran Allah. Ingatan dan rindu penuh tertuju pada Allah. Hati tenggelam dalam kebesaran-Nya atau dalam mencintai-Nya dengan tidak putus-putus lagi. Harapan dan pergantungan hatinya tidak lagi pada yang selain dari Allah. Dirasakan oleh hatinya bahawa seluruh amal bakti yang dibuatnya, adalah kerana dan untuk Allah semata-mata. Atau hadiah daripada Allah kepadanya. Apa sahaja masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan bahagia. Tidak ada pun kesusahan dalam hidupnya. Sebab semua itu dirasa pemberian dari Kekasihnya, Allah SWT. Kalau begitu, bagi orang-orang yang beriman, dunia ini sudah terasa bagaikan Syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan kebahagiaan abadi iaitu kebahagiaan hati.
Setakat ini yang mampu saya gambarkan rasa tajalli yang agak rasional yang boleh dihuraikan secara ilmiah. Yang selebihnya, lemahlah tinta untuk menulisnya. Hanya siapa yang dapat, dia akan merasakannya dan tidak dapat berkongsi dengan orang lain pula. Kalau cuba juga diceritakannya, akan menimbulkan fitnah di sisi orang-orang yang jahil. Sementara orang-orang yang hasad dengki pula akan mengambil peluang menuduhnya sesat, kafir atau zindik. Dalam soal ini ada seorang Sahabat Rasulullah SAW pernah berkata: “Kalau aku luahkanlah apa yang terasa dalam hati ini, orang akan menuduh aku kafir dan lantas membunuh aku.”
B. ISTIQAMAH
Sikap istiqamah (tetap) beramal adalah benteng iman yang keempat. Seseorang yang memiliki sikap ini sebenarnya telah mendirikan benteng untuk mengawal imannya daripada gangguan musuh. Sebaliknya, tanpa sikap ini seseorang telah membuka satu pintu kepada musuh-musuhnya untuk masuk ke hati dan merosakkan imannya. Bagaimana ini boleh terjadi?
Telah dikatakan berulang kali bahawa tujuan ibadah serta membersihkan hati itu adalah untuk membuahkan iman dan akhlak. Kalau tidak begitu, ibadah itu tidaklah bererti apa-apa. Amalan yang membuahkan iman dan akhlak itu adalah benteng yang menjaga iman. Maka melaksanakannya secara tetap dan berterusan akan menetapkan iman dan akhlak itu pada hati kita. Sebaliknya, kalau amalan yang berbuah itu dilakukan sekalisekala dan tidak berterusan, maka tentulah iman itu juga tidak terjamin keselamatannya. Di waktu amalan itu kita lakukan, iman akan tinggi tetapi ketika amalan itu ditinggalkan, iman akan menurun atau merosot.
Oleh itu supaya iman sentiasa ada dan stabil, sikap istiqamah beramal adalah penting. Ia akan bertindak sebagai benteng yang dapat memelihara dan menyelamatkan iman daripada serangan musuh terutama nafsu dan syaitan. Sabda Rasulullah SAW: “Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berterusan (berkekalan) walaupun sedikit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang penting dalam beramal ialah mengekalkan amalan itu. Kalau tidak mampu berbuat banyak amalan, cukuplah sedikit, asal dikekalkan (istiqamah), daripada banyak amalan tetapi tidak kekal. Contohnya, membaca Al Quran, cukuplah lima baris sahaja tetapi dibuat tiap-tiap hari daripada lima juz sekali baca tetapi dibuat sebulan sekali. Sembahyang sunat pula, cukuplah dua rakaat tiap-tiap malam daripada seratus rakaat tetapi sebulan sekali. Begitu juga dengan sedekah. Biar hanya 10 sen setiap hari daripada RM10 tetapi setahun sekali.
Kebaikan dari sikap istiqamah ini ialah:
1. Amalan yang dibuat secara istiqamah akan berkesan. Umpama setitik air kalau terus-menerus memukul batu, lama-kelamaan akan melekukkan batu. Sebaliknya kalau banjir sekalipun yang datang tetapi hanya sekali datangnya, tentu tidak berbekas pada batu.
2. Tujuan beramal dan membersihkan hati agar iman dan akhlak subur. Setiap kali kita beramal kita akan merasai nikmat buahnya itu. Jadi kalau sesuatu amalan itu kita kekalkan, maknanya kita akan sentiasa dapat menikmati nikmatnya. Nikmat inilah yang akan memelihara iman kita.
3. Musuh kita terutama nafsu dan syaitan tidak pernah rehat daripada memusuhi kita. Dengan istiqamah, barulah seim-bang pertahanan kita terhadap musuh-musuh itu. Makna-nya kita juga tidak pernah berehat mempertahankan iman dan akhlak kita.
Imam Al Ghazali pernah mengingatkan, “Banyakkanlah olehmu akan amalan yang terasa berbekas di hati.”
Lain orang lain hatinya, maka lain pulalah minat dan kegemaran beramal. Ada orang seronok dengan zikir ‘alhamdulillah’. Maknanya bila sebut ‘alhamdulillah’ terasa di hati lazatnya zikir itu. Maka untuk orang ini banyakkanlah zikir itu. Orang lain pula rasa lazat dengan puasa. Maka banyakkanlah puasa sunat. Begitu juga ada orang yang terasa lazat dengan berfikir. Bila berfikir terasa bertambah iman. Maka banyakkanlah berfikir.
Kebaikan dari sikap ini ialah apabila sesuatu amalan itu dilakukan dengan suka dan rela, ia akan lebih berkesan dan tidak menjemukan. Orang yang beramal kerana terpaksa dan ikut-ikutan atau secara jahil dan tidak faham falsafah ibadah itu, tidak akan memperolehi apa-apa kesan baik. Sebaliknya akan mudah terasa jemu. Orang yang jemu beramal akan putus hati dengan Allah. Bila putus hubungan hati dengan Allah, bermakna orang itu sedang berada dalam kemurkaan Allah. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi: “Hai hamba-Ku, mengapa kamu jemu beramal sedangkan Aku tidak pernah jemu memberi pahala padamu?”
Allah SWT sentiasa bersedia untuk melimpahkan rahmat dan pahala pada kita tetapi mengapa kita tidak mempedulikan-Nya? Untuk mengelak dari sikap itu, kita mesti berhati-hati dalam beramal. Jangan beramal kerana ikut-ikut orang dan kerana terpaksa. Tilik dahulu hati dan minat kita, kemudian pilihlah amalan yang betul-betul sesuai. Barulah dilakukan amalan itu. Kalau tidak, lama-kelamaan penyakit jemu beramal akan menyerang kita.
Bila jemu, banyaklah perkara yang boleh berlaku. Ada yang langsung meninggalkan amalan itu. Ada pula yang langsung benci dengan Islam. Ada yang kadang-kadang buat, kadang-kadang tinggalkan. Sebab itu, banyak berlaku orang lari meninggalkan jemaah Islam, pergi meneruskan hidup yang sesuai dengan kehendak nafsu dan syaitan.
Dalam beramal elok dipraktikkan teori: “Biar sedikit tetapi banyak jenis daripada banyak tetapi satu jenis.”
Mencari keuntungan Akhirat samalah seperti mencari keuntungan di dunia. Di dunia macam-macam yang kita buat seperti berniaga, tanam padi, tanam sayur, tangkap ikan, ternak kambing dan lembu. Kalau satu daripada usaha-usaha itu mengalami kerugian, kita masih boleh bergantung pada usaha-usaha yang lain. Tetapi kalau kerja kita satu jenis sahaja, katakanlah berniaga sahaja, tiba-tiba kita rugi, akan menderitalah kita waktu itu.
Begitulah juga halnya dalam mencari keuntungan hidup di Akhirat. Elok kita beramal banyak jenis selain yang difardhukan seperti sembahyang, puasa, sedekah, zikir, baca Quran, tolongmenolong, berkhidmat, berdakwah dan lain-lain yang dianjurkan oleh syariat. Katalah ada di antara amalan itu tidak diterima oleh Allah, waktu itu masih ada lagi amalan yang lain boleh kita harapkan. Tetapi kalau satu jenis sahaja amalan, tiba-tiba yang satu itu tidak diterima, apalagi yang boleh diharapkan? Oleh itu cuba jangan tumpukan amalan kita pada satu jenis sahaja. Usahakan supaya banyak jenis. Biarlah sedikit asalkan istiqamah.
C. BERTAFAKUR
Seterusnya kita lalui jalan berfikir (tafakur). Banyak ayat Al Quran yang menganjurkan kita berfikir. Firman Allah SWT: “Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?” ( Rom:8 )
Firman Allah: “Apakah kamu tidak memikirkannya?” (Al An’am: 50)
Firman Allah: “Pada diri kamu mengapa kamu tidak memerhatikannya.” (Az Zariyat: 21)
Berfikir yang dimaksudkan di sini ialah merenung dengan hati dan akal tentang ciptaan Tuhan hingga datang rasa insaf dan terasa kelemahan diri. Misalnya memikirkan rahsia ciptaan alam sehingga terasa kebesaran Allah dan timbul rasa gerun pada kekuasaan-Nya. Seterusnya memikirkan rahsia perjalanan hati yang bergelombang antara berbagai alunan rasa mazmumah dan mahmudah. Yakni tanpa dikontrol oleh kita, dapat kita rasakan satu pentadbiran Yang Maha Agung sedang mengawasi diri kita. Kesannya kita akan rasa sungguh takut untuk menderhakai Allah. Merenung dan berfikir tentang mati, yang tidak pernah ada seorang pun dapat mengelak darinya sehingga timbul rasa ingin beramal secara serius, sekaligus mahu membuat persiapan ke arah itu. Berfikir terus tentang itu semua, insya-Allah hati kita akan dimasuki sifat-sifat mahmudah.
Jadi untuk memiliki sifat-sifat mahmudah mestilah seseorang itu membuat latihan-latihan berfikir seperti berfikir tentang kesalahan diri, tentang dosa dan tentang mazmumah dalam diri. Bawa tafakur dan merenung barulah terasa betapa buruknya mazmumah. Ketika itu barulah mahu menyerah dan menghina diri kepada Allah. Kesannya akan mendorong kita untuk tunduk dan patuh kepadaAllah dan perintah-Nya. Mendorong kita menjadi tawadhuk, rendah diri, berlemah-lembut sesama manusia dan memiliki lain-lain sifat mahmudah. Jadi berfikir juga salah satu cara boleh membaiki diri seseorang.
D. BERGAUL
Tarbiah dan didikan juga boleh didapati melalui pergaulan. Imam Al Ghazali r.hm. ada berkata, di antara cara-cara yang praktikal untuk membaiki diri, hendaklah kita bergaul dengan orang ramai. Melalui pergaulan dapat dikesan sifat-sifat buruk kita. Manusia umum biasanya lebih memperkatakan tentang keburukan kita daripada kebaikan kita yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar dan tidak tahu itu satu kejahatan. Jadi bila kita dikata orang, barulah kita tahu akan kejahatan diri. Maka di waktu itu mudahlah untuk membaikinya.
E. PIMPINAN MURSYID
Cara membaiki diri seterusnya ialah melalui pimpinan. Pemimpin atau guru mursyid itu mampu memimpin kerana kelebihannya yakni dia lebih tahu tentang kecacatan dan kelemahan muridnya lebih daripada muridnya mengenali dirinya sendiri. Mengetahui tentang sir dan batin muridnya. Tahu pula membaca hal-hal halus yang ada pada hati seseorang. Pemimpin yang soleh atau guru mursyid itu juga nampak dan boleh menunjuk kelemahan diri kita. Boleh mendidik dan menunjuk ajar. Biasanya cara ini lebih berkesan dan lebih cepat untuk kita membuat perubahan diri. Asalkan kita dapat memberi kepatuhan kepadanya tanpa berbelah lagi. Biasanya dia sentiasa buat teguran kepada pengikut-pengikutnya atau murid-muridnya sama ada secara langsung dengan lisan mahupun dengan perbuatan secara tidak langsung.
Jadi pimpinan pemimpin yang mursyid itu lebih berkesan daripada latihan-latihan lain dalam membaiki diri yakni membaiki roh kita itu. Walau bagaimanapun pelbagai macam latihan lagi boleh dibuat. Terpulanglah kepada kesedaran dan kemampuan kita. Begitulah ilmu tentang roh atau ilmu rohani. Ia adalah ilmu untuk dapat mengesan sifat-sifat roh sama ada yang mahmudah untuk disuburkan mahupun yang mazmumah untuk ditumpaskan supaya roh kita ini bersih dan murni. Membersihkan roh atau hati itu mestilah melalui dua peringkat. Peringkat awal dengan mengetahui ilmu dan peringkat kedua melalui latihan.
Setelah menempuh kedua-dua jalan ini, dengan hidayah dan taufik daripada Allah, hati atau roh itu akan bersih. Sedangkan hati ini merupakan raja dalam kerajaan diri. Dialah yang mengarah, dialah yang menahan, dialah yang menyuruh dan sebagainya.
Bila mana roh dan hati ini menjadi raja dalam diri, kalau raja sudah bersih, ertinya raja itu sudah baik, maka segala anggota lahir atau jawarih seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan lain-lainnya, akan mematuhinya. Walaupun terasa berat, bila hati sebagai raja dalam negara diri sudah memerintah, maka seluruh rakyat dalam dirinya akan mematuhinya.
Ditegaskan sekali lagi, anggota-anggota lahir itu adalah ibarat rakyat dalam negara diri dan hati adalah rajanya. Bila raja baik, seluruh rakyat akan baik. Maknanya seluruh anggota lahir kita ini akan baik. Tetapi bila raja itu jahat, maka dikerahkan pula anggota lahir kita ini untuk buat kerja-kerja jahat. Bila raja dalam diri baik, baiklah seluruh jawarih, maka jawarihkita ini akan tunduk kepada perintah Allah. Itulah anggota manusia yang bersyariat. Jadi anggota lahir ini boleh bersyariat kerana hati itu bersyariat. Anggota lahir kita ini baik, kerana hati itu baik. Anggota lahir kita ini boleh rukuk dan sujud, kerana hati itu sudah rukuk dan sujud. Anggota lahir ini walau bagaimana susah pun, dia sanggup juga tunduk kepada Allah kerana hati sudah tunduk. Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah SAW: “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)
Begitu besarnya peranan hati atau roh ini. Ia adalah raja dalam kerajaan diri. Sebab itu Allah memerintahkan hati atau roh mesti dibersihkan. Bersihkan mazmumahnya digantikan dengan mahmudah melalui takhalli, tahalli dan tajalli, sepertimana yang telah dibahaskan. Jadi baru kita tahu anggota lahir kita ini akan bersyariat bila hati itu bersyariat. Anggota lahir itu baik bilamana hati itu baik. Bila anggota lahir itu tidak patuh kepada Allah atau tidak bersyariat, itu menunjukkan hati tidak baik. Jahatnya berpunca dari hati yang tidak baik. Ertinya raja dalam kerajaan diri ini sudah khianat dan sudah zalim hingga dia menzalimi semua rakyatnya yang ada dalam dirinya, iaitu anggota lahir atau jawarih kita itu.
Jadi kalau hati yang menjadi raja dalam kerajaan diri sudah baik, maka dia akan kerahkan anggota lahirnya sebagai rakyat dalam diri membuat baik. Maka Allah berkata dalam Al Quran: “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan hatinya (roh atau nafsu). Dan kecewalah orang-orang yang mengotorinya.”(As Syams: 9-10)
Jadi Allah sebut orang yang hatinya baik, dia akan berjaya atau menang dalam hidup. Berjaya di dunia dan berjaya di Akhirat. Mendapat kemenangan di dunia dan mendapat kemenangan di Akhirat. Sebaliknya, kalaulah hati seseorang itu sudah rosak, hatinya kotor hingga mazmumahnya subur, mahmudahnya kurus, maka hati yang kotor itulah yang akan mengecewakan manusia di dunia lagi. Hidupnya lintang-pukang, haru-biru, tidak ada kasih sayang, tidak ada kemesraan, selalu bergaduh, bergeseran dan krisis hingga membawa peperangan. Maka dengan kerosakan itu tidak ada lagi keamanan di dunia ini. Ini semua adalah hasil atau kesan daripada roh atau jiwa atau hati yang tidak dibersihkan. Akibatnya gagallah hidupnya walaupun dia seorang kaya, seorang raja, seorang pembesar atau seorang alim. Orang yang gagal di dunia, akan gagal di Akhirat. Orang yang kecewa di dunia, akan kecewa di Akhirat. Di Akhirat terjun ke Neraka.
Sebab itu dalam ajaran Islam, membersihkan roh itu amat penting sekali bahkan diwajibkan yakni dengan cara mempelajari ilmu rohaniah atau ilmu mengetahui tentang sifat-sifat roh atau hati. Roh itulah hakikat diri manusia. Ia adalah penentu baik atau jahatnya seseorang itu. Oleh itu bila roh manusia baik, ertinya manusia itu kembali kepada hakikatnya iaitu bersifat seperti manusia. Kalau rohnya diabaikan hingga penuh dengan sifat mazmumah, maka dia tidak kembali kepada hakikatnya. Walaupun rupanya manusia tetapi sifatnya mungkin haiwan atau mungkin syaitan.
Begitulah pentingnya roh atau hati dalam Islam. Begitu penting mempelajari ilmu rohani supaya kita tahu tentang sifat-sifat roh itu. Yang mahmudahnya hendak kita suburkan manakala yang mazmumahnya hendak kita tumpaskan dan dicabutbuangkan. Perbincangan atau perbahasan ini hanya ada di dalam ilmu tasawuf.

WALLAHUALAM
Subscribe to:
Posts (Atom)