BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Entah kenapa hati ini tiba2 beria-ia nak mencoretkan sesuatu di sini…
Mungkin untuk mengisi kekosongan dihati..
Tapi..
orang kata kekosongan hati,isilah dengan zikrullah..
Pasti hati akan tenang…
Firman ALLAH dalam Surah Ar-Ra’d..
“Hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang”
Setelah dicuba,ternyata..
TEPAT SEKALI!!!
dengan ingatkan pencipta,hati ini sangat tenang..
Setenang air di laut biru..
ALLHAMDULILLAH ku panjatkan kesyukuran kehadrat ILLAHI~
(^_^)
Selama diriku berada di bumi ALLAH S.W.T,
Banyak yang aku belajar..
Belajar untuk menjadi seorang manusia berjiwa halus dan ikhlas..
Diajar melalui pelbagai cubaan,dugaan,mehnah dan tribulasi hidup..
Disini,ingin kukongsikan kepada semua..
Bahawasanya…
ALLAH dah janji ngan hamba2NYA…
Sesiapa yang tolong agama ALLAH,akan datanglah pertolongan dari ALLAH ke atas dirinya..
Sangat manis saat itu duhai sahabat..
Ketika diri ini menangis dihadapanNYA..
Dek resah kerana dosa yang sudah menimbun..
Yang tak terkira sebagai seorang hamba..
Walaupun sentiasa diberi peringatan oleh pencipta..
Namun,Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..
Sentiasa menerima dan mengasihi hamba2NYA..
Tuhan sentiasa akan mendengar rintihan hamba2NYA..
Bahkan ALLAH S.W.T sangat sukakan luahan hamba2NYA..
Walaupun kita sentiasa meminta daripada ALLAH S.W.T,
Biarpun dosa masih lagi menimbun..
Tapi,ALLAH tetap mendengar luahan kita..
Dan akan mengabulkan doa kita..
Pada masa yang dijanjiNYA..
ALANGKAH bahagianya..
Maka BERSYUKURLAH sebagai seorang hamba duhai sahabat2ku..
Jangan sombong,malas dan ego untuk beribadah dan berdoa kepadaNYA..
Mintalah,mengadulah dan merintihlah hanya kepada pencipta kita..
Wahai saudara seagamaku sekalian..
WALLAHUA’LAM
moga2 hati kita ini sentiasa di pegang dan di jaga oleh Allah...
ReplyDeletesemangat dari sahabat2 dalam menepuh kehidupan ini sgt diharapkan.. terutamanya hanis ni...
dah kurang tarbiyah...