Ahlan wasahlan =)

11.4.11

mati itu dekat...

Di padang masyar kelak,kita akan berdiri..... diwaktu itu,tiada lagi sahabat,tiada lagi insan tercinta dihati yang hanya ada ketakutan yang menguasai diri, apakah nasib kita nanti ke syurga atau neraka, segala perbuatan di dunia bakal dilayarkan di depan mata mengalahkan pawagan terbesar di dunia



Segala kejahatan dirimu akan terpapar tanpa sebarang suntingan, tidak kira yang kecil mahupun besar.... bertapa malunya disaat itu sehingga luruh daging dari pipi Bergementarlah seluruh jasad,dengan getar ketakutan yang amat dasyat. Disaat itu ada yang ingin menyatakan penyesalan, namun tidak berguna lagi.. kerana tiada engkau akn dikembalikan ke dunia.


maka di saat dan ketika engkau masih lagi di dunia ini bertaubatlah
menangislah penuh kekesalan, moga tayangan itu berjaya di padam dengan air mata keinsafan.



atau adakah engkau masih alpa dan tidak sedar,

merasa tidak pernah berbuat dosa?
maka ingatlah kamu
akan hari itu,
padang datar yang dipenuhi seluruh manusia
yang cemas,gelisah,mengigil ketakutan...........

BERTAUBATLAH SAHABAT2KU..

KEMATIAN itu dekat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...