Ahlan wasahlan =)

6.8.11

RAMADHAN BULAN HIDAYAH

Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai ‘bulan puasa’. Kadang-kadang, sebutan bulan puasa lebih terkenal daripada sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.

Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah takwa kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. Takwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin ALLAH SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu ke masjid,lidah akan dipandu untuk membaca Al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ALMUBARAK..=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...