Kadang-kadang, apa yang kita dambakan, baik atau buruk, sering memandu langkah kita.
Kemana kita pergi, untuk apa kita lalui, dan mengapa kita nekad berdikari, semuanya atas naluri anugerah Illahi.
Berpaksikan kepercayaan hakiki, kita menongkah arus duniawi.
Dari hari ke hari, kita semakin matang.
Sebuah kehidupan yang teratur indah telah dapat kita kecapi.
ALLAH itu Maha Adil bukan?
Apa yang kita hajati, mewarnai takdir diri kita.
Kita menjadi lebih kental dalam mengenal dan meneroka makna sebenar sebuah kehidupan.
Segala ujian dan nikmatNya datang bersilih ganti.
Kita semakin memahami erti hidup.
Namun, adakalanya kita pasrah..
“ Ya ALLAH, hambaMu ini sangat lemah,sangat memerlukan pertolonganMu.. Bantulah daku ya ALLAH. Berikanlah hidayah kepadaku, ampunilah dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku,sahabat-sahabatku,saudara-maraku,dan dosa semua umat Islam.Berikanlah kami petunjuk..Jauhkanlah kami dari maksiat..Sesungguhnya kami sangat lemah dan sering melakukan dosa-dosa dan mengundang kemurkaanMU..Ya ALLAH tuhan kami. Dengarkanlah rintihan naluri kami ini..”
Sambil menitiskan air mata syahdu, kita bangun bermunajat kepadaNya. Segala masalah yang membelenggu diri,diadukan kepadaNya.ALLAH tuhanku, aku sangat memerlukanMu dikala ini...bantu aku YA ALLAH..
Ingatlah sahabat-sahabatku,sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Dia Maha Mendengar segala rintihan hambaNya. Berbahagialah anda kerana anda ada tempat mengadu, iaitu pencipta anda sendiri. Dialah Tuhan yang Maha Menguasai.. AMIN YA RABB
No comments:
Post a Comment