Hikmah berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W..
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail a.s telah berkata kepadaku:
Berkata Jibril A.S :
“Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali,maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”
Berkata pula Mikail A.S :
“Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”
Berkata pula Israfil A.S :
“Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada ALLAH S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga ALLAH S.W.T mengampuni orang itu.”
Malaikat Izrail A.S pula berkata :
“Bagi mereka yang berselawat ke atas mu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi.”
Apakah kita tidak cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W sedangkan malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W ...Sayangilah nabi kita..
kerana NABI SANGAT SAYANG DAN RINDUKAN KITA!!
No comments:
Post a Comment