Hati manusia sememangnya perlu
selalu dibersihkan. Bila bergelar anak cucu cicit adam, maka tidak akan sepi
kita semua daripada godaan makhlukNya yang dilaknat, iaitu syaitan yang
direjam.Kita sering terbabas dalam kemaksiatan yang kadang-kadang dilakukan
berulangkali. Seringkali anak adam terjerumus kearah maksiat,seringkali itulah
syaitan laknatullah bersorak gembira. Kemudian, terdetik rasa penyesalan yang
tidak berkesudahan di hati manusia yang masih lagi inginkan rasa bertuhan.
Tangisan menemani detik-detik penyesalan mereka. Terasa kemanisan iman dikala
hati mula terasa tenang. Begitulah nikmatnya rasa bertuhan. Sentiasa
dilindungiNya setiap masa.
"ALHAMDULILLAH syukur Ya Allah.. "
mari sama-sama amalkan.. hafal lagi bagus =) |
Moga dapat manfaat bersama..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment