“Maka,
nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Dari
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Allah Tabaraka
Wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari MAJLIS ZIKIR. Sebaik
saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan
duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil
malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengililingi
orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga
memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.
Apabila
majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu
Allah S.W.T bertanya mereka: “Wahai para malaikatKu, dari mana kamu semua?”
Berkata para Malaikat: “Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang dari memeriksa
hamba-hambaMu di bumi. Mereka bertasbih, takbir, tahmid, dan tahlil serta
memohon kepadaMu.” Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan
mereka dan semua makhluk ciptaanNya. Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para
MalaikatNya, maka Allah SWT pun berfirman: “ Wahai para Malaikatku, apakah yang
mereka minta kepadaKu?” Berkata para Malaikat : “Hamba-hambaMu itu memohon
syurga dariMu.” Allah SWT bertanya lagi :”Pernahkah mereka melihat akan syurga
itu?” Berkata para Malaikat lagi: “Mereka tidak pernah melihat syurga itu.”
Berfirman
Allah SWT: “Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan
apalagi kalau mereka melihat syurga itu.” Berkata para Malaikat: “Mereka juga
memohon kebebasan.” Allah SWT bertanya : “Mohon bebas dari apa?” Berkata para
Malaikat: “HambaMu itu memohon kepadaMu supaya mereka itu dibebaskan dari
nerakajahanam.” Allah SWT bertanya para Malaikat lagi:”Pernahkah hamba-hambaKu
melihat nerakaKu itu?” Berkata para Malaikat: “Tidak Ya Allah.” Allah SWT
berfirman:”Hamba-hambaKu itu tidak pernah melihat neraka jahanam, tapi mereka
memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya.”
Kemudian
para Malaikat berkata lagi: “Ya Allah, hambaMu itu memohon ampun kepadaMu,”
Allah SWT berfirman: “Dengarlah wahai para MalaikatKu, Aku mengampuni mereka
itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari
api neraka yang mereka takut itu.” Berkata malaikat lagi: “Ya Allah, di antara
mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis
itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir.” Allah SWT berkata: “Orang
itu pun Ku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis
zikir itu, tidak ada yang celaka.”
“Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang
kamu dustakan?”
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Bergembiralah wahai hamba-hamba Allah...
Wallahualam...
Perbuatan taat (yg mengingatkan kt kpd Allah) itu adlh ZIKIR.
ReplyDeleteZikir yg terbaik adlh "Laillahaillallah".
Dan perlu dilakukan dgn adab sblum,ketika dan slps.
Nabi SAW pernah bkata: Iman itu spt pakaian yg lusuh. Utk perbaharui (menyegar/kuatkan kmbali slpas lemah) adlh dgn zikrullah.