Ahlan wasahlan =)

17.7.12

Tak payahlah.. belum waktunya...


Dewasa ini, pelbagai isu yang berlaku baik di luar negara mahupun dalam negara... Isu-isu ini ada yang menyumbang kepada perubahan yang positif dan tidak kurang juga perubahan negatif, bergantung kepada penilaian dan pelaksanaan masing-masing.


Firman Allah SWT dalam surah al-isra’…
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَلَا تَقۡرَبُواْ مَالَ ٱلۡيَتِيمِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ حَتَّىٰ يَبۡلُغَ أَشُدَّهُ ۥ‌ۚ وَأَوۡفُواْ بِٱلۡعَهۡدِ‌ۖ إِنَّ ٱلۡعَهۡدَ كَانَ مَسۡـُٔولاً۬

Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya   (Al-isra’;34)


Berdasarkan firman Allah di atas, Allah tunjukkan kepada kita semua bahawa sesuatu yang belum masanya, janganlah ditaklifkan (dibebankan) kepada seseorang itu. Sebagai contoh, harta anak yatim. Allah melarang hamba-hambaNya mengambil harta anak yatim kecuali bagi yang berniat untuk menjaganya dan menyerahkannya kepada anak yatim tersebut setelah dewasa, dan sudah mampu untuk mnguruskan harta tersebut.

"Sesungguhnya ALLAH itu Maha Bijaksana. Tidak diciptakan sesuatu itu melainkan ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.."

Tapi,Kenapa Allah tidak membenarkan pemiliknya menjaga dan memiliki harta tersebut sebelum waktunya sedangkan harta tersebut hak milik mereka?

"betul jugak.. kenape ye...? "

Sudah tentunya kerana mereka masih belum berupaya untuk menguruskan harta benda ini. Dikhuatiri, banyak penyalahgunaan akan berlaku sekaligus merosakkan peribadi anak-anak yatim yang belum cukup umur dek kerana harta-harta ini.

Begitu juga dengan kes yang sedang hangat diperkatakan akhir-akhir ini.

“Apa isunya?”

“Hmm… begini…”

utusan..


" Haa..Itulah isunya... " 

didiklah akhlak mereka sebaiknya..


Kalau dilihat, memang dunia sekarang sedang berkembang. Namun, validkah saranan ini untuk dilaksanakan? Apakah effectnya kepada kanak-kanak yang sedang melangkah ke alam remaja? Bagaimana keadaan sosial pelajar-pelajar ini? Makin baik atau makin buruk? Dan bagaimana pula dengan pihak ibu bapa, guru-guru dan masyarakat di luar sana? Mampukah mereka mengawal pergerakan 'teknologi' pelajar-pelajar yang semakin bebas ini?

"Tunggu dan lihat jelah bro.."







kreatif jugak lawak ni..huhu..














 Fikir-fikirkanlah..
Wallahualam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...