Ahlan wasahlan =)

16.9.12

Ke mana perginya doa?



Tika kita mengharapkan wang, ternyata hutang yang datang..
Tika hati dambakan kesenangan, yang hadir hanyalah kesulitan..
Tika jiwa mendoakan kesihatan, hanya penyakit yang kelihatan..

Duhai insan,
Jangan kau tanya mengapa Allah tidak mengabulkan doa..
Jangan kau paksa bila Allah akan makbulkan doa..
Jangan kau hairan mengapa Allah abaikan doa..

Tapi tanyakan bagaimana tubuhmu berbicara..
Tanyakan bagaimana hatimu berkata..

Apakah subuhmu menjelang dhuha?
Adakah zuhurmu semata-mata sisa urusan yang kau ada?
Apakah isya’mu terlewat dek lelah kerana urusan dunia?
Adakah solat berjemaah tidak diendahkan kerana masjid jauh dari kediaman?
Apakah tahajjudmu terlepas akibat lena?
Apakah surat dariNya engkau biarkan lantas di selindungi debu-debu dosa?
Apakah solat berjemaah tidak kau amal lantas tidak cukup masa?
Apakah pergaulanmu seperti yang Dia pinta?
Apakah hidupmu dihiasi hiburan membabi buta?
Apakah sahabatmu hatinya kau jaga?
Apakah teknologimu dipenuhi maksiat sepanjang masa??

Duhai insan,
Bicaralah sebaiknya denganNya..
Menangislah sepenuhnya dengan hati..
Bertaubatlah dengan kesungguhan yang jitu..

Kerna..
Kau punya hati yang satu..
Kau punya jiwa yang luhur..
Kau punya akal yang mampu berfikir..
Kau punya keinginan untuk berhijrah..

Namun, selama ini tidak kau sedar..
Hatimu gelap dengan maksiat..
Fikiranmu terlindung kekotoran..
Jiwamu dahagakan kebaikan..
Doamu terhijab dengan dosa..

Justeru..
Awalkanlah waktu solatmu..
Lazimkanlah bacaan Al-quranmu..
Basahkanlah zikir di bibirmu..
Muhasabahlah keadaan dirimu.. 

Maka..
Akan kau temui kebahagiaan yang kau damba..
Akan kau perolehi keberkatan dari Yang Esa..
Akan kau dapat apa yang kau pinta..
Itulah janji keramat dariNya…



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...