Assalamualaikum...
Dah lama x update blog... Banyak komitmen dunia di luar... Moga-moga komitmen yang disumbangkan ini mampu menjadi back-up di akhirat kelak.. insyaAllah..
PENAT..TIRED..LESU..TAK BERMAYA..
Statement ni selalu kita dengar kat rata-rata tempat. Macam-macam keadaan, pelbagai ragam manusia yang mengeluarkan statement ni. P.E.N.A.T.
Kenapa penat? Kita bukannya menteri, yang semestinya sibuk dalam mentadbir negara. Bukannya YB yang nak turun lapangan, melawat rakyat jelata.. Dan sememangnya bukanlah raja, atau permaisuri yang harus hidup berprotokol, mentadbir negara, di kawal sana sini.. Tapi,kenapa kita terlalu penat mengalahkan mereka-mereka di atas??
Jom semak balik diri kita. Apa aktiviti seharian kita? Apakah manfaat aktiviti tersebut kepada diri kita, keluarga, Masyarakat, dan ISLAM? Agak-agak, adakah perkara yang kita buat ni, diredhaiNya? Kata seorang sahabat, "Kalau rasa apa yang kita buat ni bagi manfaat kat Islam, buatlah.. Kalau rasa-rasa apa yang kita buat ni boleh dijawab dihadapan Allah, teruskanlah. Tapi, sekiranya, kita rasa tak tahan panas api neraka andai apa yang kita buat ni dimurkaiNya, maka.. HINDARILAH.."
Tapi,kalau tahan panas api neraka, xpe..Buat je. Janji, tanggung sorang2 la ye... =)
Makanya, nak buat sesuatu tu, fikir dulu.. Kalau bermanfaat untuk semua, teruskan... dan sabar.. Solatlah.Berdoalah kepadaNya. Sebab Allah dah kata dalam kalamNya...
"Wahai orang-orang beriman, Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar.."
- Al-Baqarah;153
Kalau Allah dah janji nak bagi sesuatu tu kat hambaNya seperti firmanNya di atas, maka tiada seorang pun yang mampu menghalangnya walaupun orang tu berpendidikan tinggi, pemimpin atau siapa sahaja. Jadi,yakinlah dengan janjiNya.
Pernah suatu masa dahulu, Rasulullah S.A.W mengajar Saidatina Fatimah, anak baginda, amalan yang boleh hilangkan penat seharian.. Amalan tersebut adalah tasbih Fatimah.. Sangat berkesan...
InsyaAllah, amalan ni mampu mengubati kepenatan kita seharian, lebih-lebih lagi sebagai seorang penuntut ilmu yang memerlukan sejumlah tenaga untuk ke sana-sini melaksanakan amanah yang diberi.
Dan ingatlah..Kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah kita lakukan selama hayat kita..Bersedialah menghadapi saat itu.. Mohonlah kepadaNya supaya kita tidak tercicir dari jalanNya, insyaAllah.. Semua perkara yang kita nak buat, bergantung kepada niat.. Maka, perbetulkanlah NIAT terlebih dahulu..
Moga kita semua dalam peliharaanNya..InsyaAllah..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment