Salah Suami atau Salah Ilahi?
Sms seorang ibu muda mencuit rasa hati saya untuk berkongsi.
“Ustazah, suami saya bercinta balik dengan bekas kekasih lama
dia. Saya terkontang-kanting jaga anak dua orang. Badan masih lemah sebab
baru lepas keguguran. Suami saya pula berseronok asyik keluar ‘dating’ dengan
perempuan tu. Ustazah, kenapa Allah buat begini kepada saya? Kenapa Allah
kejam? Kenapa Islam benarkan suami berseronok-seronok tapi membiarkan isteri
dalam derita?”
Astargfirullah! Suaminya curang tapi kepada Allah dan Islam pula
dilontarkan kesalahan. Saya mesti membela Allah dan Islam di hatinya. Hanya
Allah yang memiliki ubat terhadap segala kesedihan. Jika kita rasa Allah
kejam, bukan Allah yang kejam tetapi kita yang belum kenal baiknya Allah SWT.
Jika kita rasa Islam tidak adil, bukan Islam yang tidak adil tapi kita yang
belum menambah ilmu terhadap keadilan Islam dan kesyumulan undang-undangnya.
Saya cuba masuk ke dalam ‘kasut’ ibu muda ini. Kondisinya yang
baru lepas keguguran menyebabkan jiwanya terganggu dan perasaannya kecamuk.
Kasihan dia. Saya tunjukkan empati sebelum memberi solusi. Saya tadahkan
telinga mendengar jeritan batinnya. Dia berulang-ulang mempersoalkan keadilan
Allah dan menyalahkan takdir. Saya bertanya,
“Dulu sebelum nikah, saudari selalu keluar ‘dating’ dengannya?”
“Err, ya. Ber’couple’ sakan,” jawabnya lambat-lambat.
Allah Mahu Kita Bahagia
Saya nampak puncanya. Tak mengapa. Hal yang silam itu untuk
dimuhasabah bagi mencungkil ibrah (pengajaran). Ia bukan untuk
dirintih-rintihkan. Saya mesti membantunya memanfaatkan potensi hari ini
untuk ‘mengubat’.
Allah sudah memberitahu kita awal-awal di dalam al-Quran,
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka
adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan
sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu)". (Surah al-Syura: 30).
Betul! Kebanyakan musibah yang menimpa diri kita adalah kerana
diri kita sendiri yang menempahnya. Allah tidak membenarkan kita ‘menghampiri
zina’ sebelum bernikah termasuklah ber’couple’ tapi ramai orang yang
melanggarnya. Islam memperkenalkan cara yang jauh lebih bermaruah dan layak
dihormati tapi kita tidak mahu memilihnya. (Insya-Allah kita bincangkan dalam
artikel seterusnya).
Apabila sudah bernikah, mereka mendapat pasangan yang suka
ber’couple’ dengan orang lain pula. Oleh sebab itulah, jika kita mengikut
petunjuk Allah sejak awal, potensi untuk bahagia lebih besar. Allah bukan
sengaja hendak susah-susahkan kita apabila Dia bagi peraturan. Bahkan, Dia
mahukan yang terbaik untuk kita. Firman Allah SWT,
“Allah mahukan kesenangan bagimu. Allah tidak mahukan kesusahan
bagimu.”
|
Jika hari ni kau terlalu gembira,pastikan ia kerana Islam tercinta.. Jika hatimu sedih dan pilu,tentu ia kerana Islam dicela.. Manakan kau terleka,kerana hidupmu penuh dengan perjuangan tak terduga.. Seandainya lena panjangmu mendahului kemenangan perjuangan ini,nantikan selautan keindahan dan kelazatan di sana nanti... INDAHNYA PERJUANGAN
12.12.12
KENAPA MENEMPAH 'MUSIBAH' SEBELUM NIKAH??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment