Pernah suatu ketika, malaikat bertanya kepada Allah Yang Maha Esa.. "Kenapa Engkau ciptakan manusia, sedangkan mereka akan membuat kacau bilau, dan pertumpahan darah kelak?.." Allah berkata.."Aku lebih tahu apa yang kamu tidak tahu..". Maka Allah mengajar ilmu-ilmu baru kepada manusia pertama yang diciptakan, iaitu Adam a.s.. Allah berkehendak melakukan apa saja kepada hamba-hambaNya.. DiberiNya ilmu kepada kita supaya kita tidak hidup terhina, tidak mati sia-sia. Setiap amalan hambaNya dicatat tanpa tercicir sedikit pun. Dan setiap takdir hambaNya telah diaturkan dengan penuh teliti.
The Greatest Name of Allah |
Justeru itu, segala amalan yang ingin dilakukan, ingatlah bahawa ada yang sedang memerhatikan kita. Tidak perlu menunjukkan kemuliaan, ingin menjadi terkenal dalam kalangan insan, jika penduduk langit tidak menyukai segala perbuatan kita. Kerana, Allah ada kata, orang yang paling tinggi darjatnya adalah orang yang paling bertakwa kepadaNya, bukannya orang yang paling kaya di dunia, bukan juga orang yang hanya mendapat nama di dunia.
Jom sama-sama kerapkan diri untuk bertaubat. Moga-moga Allah mendengar segala rintihan hamba-hambaNya yang ingin berubah ke arah yang lebih baik.. Ingatlah, masa kita yang berbaki di dunia ini makin berkurangan, makin sempit.Mulakan menyucikan diri dari dosa bermula sekarang, sebelum terlambat..
Marilah sama-sama amalkan zikir ini setiap hari |
Firman Allah SWT,
"Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu.." -Al-A'raf;180
Sabda Nabi,
"Bahawasanya ALLAH SWT mempunyai 99 Nama. Barangsiapa menghafalnya, nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga." -Hadis riwayat Imam Bukhari
Wallahualam..
so sweet.. moga kita sama2 dapat redhaNYA.. :)
ReplyDeleteSalam ziarah ke blog sahabat ^^
ReplyDeleteJannah dah tukar blog tau.. travelog nursyurga
yg Maha Satu
ReplyDelete