Tuhan..
Ku harapkan keampunanMu..
Ampuni
dosa-dosaku Ya Allah..
Banyak
khilafku padaMu..
Banyak
dosaku selama hayatku..
Banyak
nikmatMu yang aku dapat…
Namun..
Sedikit
taubatku padaMu..
Sedikit
rasa syukur yang ku zahirkan..
Ya
Allah..
Tolong
aku..
Aku
hamba hina..
Aku
zalim pada diriku..
Bantulah
aku untuk menghadapi dunia ini..
Aku
lemah Ya Allah..
Aku
tak kuat….
Aku
rebah tanpaMu..
Aku
tak kuat Ya Allah….
Ya
Latif..
Kadangkala
imanku naik..
Tatkala
itu, aku terus-terusan beristighfar padaMu..
Namun,
Ada
ketika, aku lemah.. Imanku lemah..
Tatkala
itu pula, aku malas beribadah..
Malah,
aku buat maksiat..
Walaupun
aku tahu, perbuatanku salah..
Dan
aku dapat merasakan..
Betapa
hinanya aku tika itu…
Ya
Allah..
Ampuni
aku..
Ikhlaskanlah
perjuanganku..
Bersihkan
hatiku..
Jernihkan
pemikiranku..
Aku
dambakan nur kasihMu..
Bantulah
aku Ya Allah..
Ya
Allah Rabbul Izzati..
Aku
tahu..
UjianMu
pada hayatku ini..
Supaya
aku kembali dekat padaMu..
Supaya
aku menjadi hambaMu yang bersyukur..
Agar
aku dapat nikmati keindahannya di sana nanti…
Ya
Rahman Ya Rahim..
Dan
aku tahu..
UjianMu
padaku kerana Engkau sayangkan aku..
Supaya
aku sedar..
Bahawa
aku ini hambaMu…
Aku
tidak punya apa-apa..
Selain
kasih sayangMu..
Kasih
sayang yang tidak terbanding dengan makhluk ciptaanMu..
Kasih
sayangMu padaku melebihi kasih sayang ibu bapaku, sahabat-sahabatku, teman
hidupku..
Malah
Engkau lebih sayangkanku, melebihi sayangku pada diri ini…
Maafkan
aku duhai Penciptaku..
Ampuni
aku…
Ya
Allah..
Pernah
satu ketika..
Aku
bersungguh-sungguh bermunajat padaMu..
Mengenangkan
dosa-dosaku yang tidak terkira..
Merintih
dalam doa..
Namun,
kadang-kadang..
Aku
tetap tewas dengan nafsu dunia..
Aku
lalai kembali..
Dan
kemudian merintih kembali..
Ampuni
diriku Ya Allah..
Ya
Rabb..
Tolonglah
aku menghadapi dunia ini..
Tunjukkanlah
jalan yang Kau redhai..
Jangan
biarkan aku terkorban dengan fitnah dunia ini..
Selamatkan
aku, dan orang-orang yang aku sayang,
Dari
azabMu..
Bimbinglah
kami..
Ya
Allah…
Tuhan
Semesta Alam…
~Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang~
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan
Semesta Alam
Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Kepada Engkau Kami Menyembah,
Dan Kepada Engkau Kami Memohon Pertolongan
Tunjukilah Kami Jalan Yang
Lurus
Jalan Yang Engkau Anugerahkan
Nikmat Ke Atasnya
Bukan Jalan Yang Dimurkai
Allah
Bukan Pula Jalan Yang Sesat
Amiin
|Al-Fatihah, 1-7|
Wallahualam
No comments:
Post a Comment