Ahlan wasahlan =)

20.3.13

BAHAGIA ADA DISAMPINGMU. GAPAILAH IA..


Aku teringat sebuah lirik nasyid kumpulan UNIC - HAKIKAT BAHAGIA..

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata
Di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terpendam bagai mutiara 
Di lautan nurani

Bahagia itu ada dijiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahgia itu adalah suatu KETENANGAN !

-Alhamdulillah, aku perlu jadi bahagia Ya Allah..-

KEBAHAGIAAN = KETENANGAN?

Ya! hakikatnya kebahagiaan itu memang sebuah ketenangan. Ketenangan yang bagaimana? Adakah dengan tersenyum kerana berjaya dalam sesuatu perkara? Atau ketenangan dapat diukur dengan melunaskan nafsu-nafsu yang sering bermain di kepala? Ataupun, ia dapat ditafsirkan dengan kemewahan duniawi?

Tidak.. Ketenangan hakiki adalah ketenangan dari lubuk hati yang paling dalam, dan paling murni. Ketenangan sejati hanya akan diperoleh oleh insan yang memohon kepada pencipta ketenangan tersebut, tidak lain dan tidak bukan, ALLAH RABBULJALIL.. Tiada seorang pun yang mampu untuk bahagia, melainkan dengan izinNya.

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Allah berfirman yang bermaksud: "Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah sedia ada)." (Al Fath : 4)


Punca ketenangan itu perlulah dicari dan dikenalpasti agar segala perlakuan kita sentiasa menjurus ke arah kebahagiaan diri. Berapa ramai orang yang susah hidupnya, namun mendapat kebahagiaan hidup? Berapa ramai pula orang kaya yang sentiasa bertelagah sesama sendiri, tanpa sedar telah hilang nikmat bahagia, apatah lagi untuk mengecap nikmat ketenangan? Hmm.. Tersangat ramai.. Kenapa begitu? Jawapannya ada pada diri masing-masing. Hidup kita adalah penuh dengan pilihan, bergantung kepada individu tersebut, sama ada inginkan pilihan yang membahagiakan diri, atau pilihan yang menyusahkan diri sendiri.

Namun, bagi mereka yang inginkan hidup dalam kebahagiaan yang sebenar mengikut acuan Islam, ada caranya sepertimana yang termaktub di dalam kitabNya, Al-Quranulkarim. Allah berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila berkumpul suatu kaum dalam masjid untuk membaca Al-Quran dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada di dekatNya (para malaikat)". (HR. Muslim)

Pilihan untuk bahagia ada di tangan anda. Andalah yang berhak menentukan pilihan mana yang tepat untuk diri anda.



InsyaAllah..

"Jika kita rasa susah hidup di dunia, janganlah cuba untuk susah juga di akhirat sana.."

Wallahualam..





 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...