SAHABAT
MASIHKAH KAU INGAT
PERTEMUAN KITA DI SUATU HARI DAHULU
YANG MENJALINKAN UKHUWWAH YANG SEJATI
TATKALA AKU SANGAT MEMERLUKAN SESEORANG
YANG DAPAT MEMBAWA AKU
MENYUSURI JALAN MENEMUI ALLAH
SAHABAT
KAU JADIKAN MUHAMMAD RASULULLAH
SEBAGAI IKUTAN MU
KAU JADIKAN ALIM ULAMAK
SEBAGAI IDOLA MU
BUKANNYA ARTIS
YANG DI BANGGAKAN OLEH MU
SAHABAT
ENGKAU INSAN YANG TERPILIH
KETIKA HATIKU DIRUNTUN SEPI
KAU HIBURKAN HATI KU
DENGAN SENDA GURAU MU
KETIKA JIWAKU BERGELORA
KAU TENANGKAN KU
DENGAN TAZKIRAH-TAZKIRAH MU
SEHINGGA KU DAPAT RASAKAN
YANG TAK MAMPU DIUCAPKAN DENGAN MULUT
IAITU ERTI SEBENAR PERSAHABATAN
SAHABAT
TUTUR BICARAMU TERSUSUN RAPI
TUTUR KATA MU MEMIKAT HATI
PERSONALITIMU MENCERMINKAN PERIBADI
YANG TIDAK LUPA TANGGUNGJAWAB PADA ALLAH
SAHABAT
DALAM MENERUSKAN PERJUANGAN HIDUP
YANG PENUH RANJAU DURI BERBISA
SEGALA PAHIT MANIS PERJUANGAN
KAU TETAP TABAH….!
KAU TETAP SABAR….!
KAU TETAP TENANG…!
KAU TETAP HERO!!!!!
DAN KAU MASIH MAMPU MENGUKIR SENYUMAN
SENYUMAN YANG INDAH
WALAUPUN DALAM PAYAH
TANPA MENGELUH RESAH
DAN REDHA DENGAN KETENTUAN ‘NYA’
KAULAH HERO PENDUDUK LANGIT
SAHABAT
KAU BANYAK MENGUBAH DIRIKU
DARI JAHIL KEPADA TAHU
DARI KEALPAAN KEPADA MENGINGATI ALLAH
SEHINGGA AIR MATAKU BERCUCURAN
MENGINGATI DOSA YANG TELAH KU LAKUKAN
SAHABAT
KAU TEGUR KESALAHANKU
DENGAN PENUH HIKMAH
KAU BANTU MENYIMBAHI KU
DENGAN CAHAYA KEIMANAN
DAN KAU DIDIK KU
DENGAN ILMU-ILMU YANG KAU MILIKI
SEWAKTU KU TERKAPAI-KAPAI
BAGAIKAN LEMAS DI LAUTAN LUAS
YANG TIDAK BERTEPI
SAHABAT
NAMUN
PASTI ADA KESUDAHANNYA
SETIAP PUNCA PASTI ADA AKHIRNYA
BEGITU JUGA SETIAP PERTEMUAN
PASTI ADA PERPISAHAN
SAHABAT
KAU TINGGALKAN AKU KESEORANGAN…!!
TATKALA AKU MASIH MEMERLUKAN MU
BETAPA PILUNYA HATIKU
MENGHADAPI DETIK INI
BETAPA LULUHNYA JIWAKU
MENERIMA PERPISAHAN INI
BERSYUKUR AKU PADA ALLAH
BERTERIMA KASIH AKU PADA MU
KERANA AKU DITEMUKAN DENGAN MU….
SAHABAT SEKALIAN
SEMOGA PERSAHABATAN KITA INI
DI BERKATI ALLAH
DISIMBAHI RAHMAT ILAHI
AAMIN………
AGAR KEKAL SEBAGAI MEMORI INDAH
YANG TERSELIT KEMAS DI NURANI KU
YANG TIDAK DAPAT KU LUPAKAN
DAN TAK MUNGKIN KU LUPAKAN!!!!!
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN SAHABATKU….
DIATAS SEGALA TUNJUK AJARMU
DIATAS CURAHAN ILMU MU
KEPADAKU SELAMA INI
KAU ASBAB HIDAYAH….TAUFIQ….
SELAMAT TINGGAL……….
INSAN YANG BERNAMA SAHABAT
Cetusan minda Luahan rasa
sentuhan nurani
Syauqatul_bazla
No comments:
Post a Comment