Ahlan wasahlan =)

20.4.11


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG... Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ILLAHI.. Dengan limpah kurnianya..kita sebagai HAMBANYA masih lagi bernafas di muka bumi ini, disamping mengecapi nikmat2 kurniaanNYA...merasai nikmat iman dan islam..nikmat kesenangan dan masa lapang..nikmat kesihatan dan sebagainya ALHAMDULILLAH




Pada saat ini, air mataku tertumpah jua..menitisnya dek kerana terlalu sombong diriku ini..sombong terhadap penciptaku..angkuh dengan diri yang serba kekurangan..yang xpunya apa2...YA ALLAH... betapa berdosanya diriku ini..aku tewas dengan diri sendiri...tewas dengan pelbagai kemahuan diriku...lemahnya aku YA RABB...pimpinlah daku menuju cintaMU YA LATIFF..

Pernah aku menceritakan kepada sahabatku..bahawa dalam diri manusia terdapat 3 komponen..iman,nafsu dan syaitan... bergantung kepada dirinya bagaimana ingin mencorakkan hati mereka.. adakah mahukan hati yang tenang,dijauhi dosa dan noda brdasarkan telunjuk IMAN, atau inginkan hati yang remuk redam penuh dendam kesumat dan kotor bermaksiat dek terikut nafsu dan syaitan..anda empunya hati itu..maka anda lah yang perlu mencorakkan hati itu..dan apa yang anda inginkan,maka itulah diri anda..itulah pilihan anda...segala2nya anda yang tentukan..sedarlah!!

Jika dilihat dunia sekarang..pelbagai maksiat berlaku...manusia dah xsegan silu melempiaskan nafsu serakahnya di sana-sini..betapa harga dirinya jauh lebih teruk jika dibandingkan dengan haiwan yang tidak berakal..betapa hinanya manusia yang hidup berpandukan nafsu semata2..betapa ruginya golongan yang tidak sedarkan diri ini...betapa murkanya ALLAH terhadap mereka ini...


Namun lebih ditakutkan jika mereka adalah dari golongan yang telah berpeluang mempelajari agama, golongan yang pernah dibersihkan hati dan minda mereka..namun masih lagi tidak sedar status "HAMBA" pada diri mereka...sangat murka ALLAH S.W.T terhadap golongan yang berkata2 namun tidak mengamalkannya... jika anda tidak terkecuali dari golongan itu, maka bertaubatlah..sayangi diri anda yang merupakan pinjaman cuma daripadaNYA.. BERTAUBATLA SEBELUM TERLAMBAT.. bangkitlah dari lenamu yang panjang..sesungguhnya kita diciptakan bukan untuk dijadikan boneka musuh islam, tapi untuk mengabdikan diri kepada ALLAH...




BERSIHKANLAH HATIMU..

PERBETULKAN NIATMU..
PERBAHARUI IMANMU..

UCAPKANLAH KALIMAH ~LAILAHAILLALLAH~

MUHASABAH KEMBALI DIRIMU..
LUANGKAN MASAMU SEJENAK..
FIKIRKANLAH TENTANG DIRIMU..

F
IKIRKAN TENTANG BEKALAN YANG TELAH ENGKAU KUMPUL..
CUKUPKAH BEKALAN ITU UNTUK MENOLONGMU DI SANA KELAK??!!!!!!!

SUDAH PASTI TIDAK...


SEDARLAH BAHAWA DIRIMU SANGAT HINA JIKA ENGKAU MELETAKKAN NAFSUMU DIDEPAN..


JUSTERU...MENANGISLAH ENGKAU WAHAI MANUSIA.. BERTAUBATLAH!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...