Ahlan wasahlan =)

24.4.11

GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MAHSYAR

SEKADAR UTK RENUNGAN BERSAMA . .

SBG MANUSIA KITE SERING LALAI DAN ALPA . .

DOSA YG KITE ANGGAP BIASA TP SEBENARNYA BEGITU BERAT . .

Gambaran manusia yg berdosa di Padang Masyar

BERWAJAH KERA - Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi) - Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA- Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU - Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain .

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI - Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya .

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS - Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT - Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK - Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR - Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI - Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR - Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT - Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI - Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT - Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN - Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API- Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS-Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN - Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lln .



.....DUHAI MANUSIA....

"Dunia ini adalah sebuah gambar cerita,

Manusia lah pelakon pelakonnya,

Al Quran dan As Sunnah adalah skrip-nya,

Islam adalah jalan ceritanya,

Para malaikat adalah juru gambarnya,

Rasulullah s . a . w adalah pelakon terbaiknya,

Kiamat adalah masa tamatnya,

Padang Masyar itulah tempat anugerahnya,

Allah s . w . t adalah jurinya,

dan syurga atau neraka lah hadiah untuk pelakon pelakonnya"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...