sabar.. DUNIA hanya sementara.. |
Barangsiapa ingin selamat dari azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmatNya, dan masuk syurgaNya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, disamping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Sabar dalam melaksanakan perintah (taat). Sabar meninggalkan larangan-larangannya.Dan sabar ketika mendapat bencana. Barangsiapa bersabar kerana taat, maka pada hari kiamat, Allah akan memberinya tiga ratus darjat di syurga.
Tiap-tiap darjat itu berjarak antara langit dan bumi. Dan barangsiapa sabar meninggalkan larangan Allah, maka pada hari kiamat Allah akan memberinya tujuh ratus darjat di syurga. Tiap-tiap darjat antara Arasy dan Tsura.
Dirawikan daripada Nabi s.a.w, sesungguhnya beliau bersabda : Allah telah berkata,
“Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia mohon perlindungan daripadaKu, pasti aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana,lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk,pasti Kututup semua pintu langit baginya.”
Maka bagi orang yang berakal, wajiblah dia bersabar atas bencana yang menimpa. Tidak ragu atau mengadu kepada makhluk. Maka dia akan selamat daripada siksa dunia dan akhirat. Sesungguhnya bencana yang paling PEDIH hanya menimpa para Nabi dan para Wali.
Sabda Nabi lagi,
“Barangsiapa sakit semalam,dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh..”
Oleh itu, hendaklah kita bersyukur selalu dengan rahmat dan ujianNya.Dan, senantiasalah BERSABAR.. kerana ujian yang ditimpakan kepada kita hanyalah sedikit berbanding insan lain.
syukurlah.. |
Wallahualam
No comments:
Post a Comment