Berikut
merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan ia menjadi
sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu
mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa
musleh’.
1.
Senyuman
Abdullah
bin Al-Harist r.a. menuturkan, ertinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang
yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah S.A.W.” (Riwayat At-Tirmidzi)
2.
Dahulukan Kanan
Daripada
Aisyah r.a., katanya: “Rasulullah S.A.W. lebih suka mendahulukan yang kanan
dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan
mandi." (Hadis riwayat Muslim)
3.
Berpakaian
Ummu
Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda S.A.W. ialah
pakaian Qamis.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
4.
Bercelak
Ibnu
Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Hendaklah kamu bercelak
dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan
penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
5.
Memakai Cincin
Ali
bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. memakai cincin di jari tangan
kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
6.
Makan
Ka’ab
bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. makan menggunakan ketiga jari
Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi,
Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
7.
Minum
Ibnu
Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah S.A.W. minum, Baginda menarik nafas
(menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
8.
Bersilaturrahim
Rasulullah
S.A.W. bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan
kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan,
adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali
silaturrahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan
bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu
Majah).
9.
Berjalan
Ali
bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah S.A.W. berjalan, tubuh Baginda
tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
10.
Berkata
Anas
Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. mengulangi perkataan Baginda
tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan
Hakim)
11.
Tertawa
Abdullah
bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad S.A.W. hanyalah senyuman.”
(Riwayat Tarmizi )
12.
Bergurau
Anas
bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi S.A.W. menggauli kami.
Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang
sedang dilakukan oleh burung nughair?” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud,
Nasa’i dan Ahmad)
13.
Tidur
Aisyah
r.a. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah S.A.W.
selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq
dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah
itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah
lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.”
(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
14.
Membaca al-Quran
Ya’la
bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah S.A.W. membaca
al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah S.A.W. membaca al-Quran dengan
sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan
Nasa’i)
15.
Ibadah
Abu
Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. melaksanakan solat hingga
kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal
ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah S.W.T. telah mengampuni dosamu yang
telah berlalu dan akan datang?” Baginda S.A.W. menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi
hamba yang banyak bersyukur? ” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
والله أعلم بالصواب
(Hanya
Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment