TINTA BUAT BAKAL SUAMIKU
Dengan Nama ALLAH Yang
Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakattu
Entah
angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani mencoretkan sesuatu
untuk dirimu yang tidak pernah kukenali.
Aku
sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa.
Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buatmu sebelum tiba
masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi
selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar
dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik oleh ibu semenjak kecil agar
menjaga maruah dan mahkota diriku kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu
suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan
ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih
tanggungjawab itu dari mereka. Jadi,kau telah wujud di dalam diriku sejak dulu
lagi.

Apabila
terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku buat expressionless face dan cool.
Akan ku palingkn wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba
menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi
kerana pesan Sayyidatina Aisyah r.a., sebaik –baik wanita adalah yang tidak
memandang dan tidak dipandang.

Aku juga
tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran
terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan ku
jawab dihadapan ALLAH kelak andai disoal?? Adakah itu sumbanganku kepada
manusia selama hidup dimuka bumi ini?? Kalau aku tidak ingin kau memandang
perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku.Aku harus
memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut
ALLAH. Kalau lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlulah menjadi
perempuan yang baik. Bukankah ALLAH telah menjanjikan perempuan yang baik untuk
lelaki baik.
Tidak ku
nafikan, sebagai seorang remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan
disayangi. Namun,setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku
mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata
untukmu. ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk
menerima hati perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki
lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telah
dibahagi-bahagikan.
Diriku
yang lemah ini diuji ALLAH apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu
berkenalan denganku. AKu secara keras menolak. Berbagai-bagai dalil ku
kemukakan. Tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti disitu. Dia sentiasa
menghubungi aku dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram,seolah-olah
seluruh kehidupanku yang ceria selama ini dirampas dariku. Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing
kebinasaan?? AKu beristighfar memohon keampunanNYA. Aku juga berdoa agar Dia
melindungi diriku daripada sebarang kejahatan dan maksiat. Kehadirannya
membuatkanku banyak memikirkanmu. Kau ku rasa seolah-olah wujud bersamaku. Di
mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu lelaki
yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan
lelaki itu bukan kau.

Permintaanku
tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya dalam mencari redha
Illahi.Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun
sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada illahi kiranya akulah yang
ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut
sewaktu rebah atau tersungkur dimedan yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan
atau syahid. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu
impianku. Aku pasti berendam air mata, andainya engkau menyerahkan seluruh
cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu. Kerana
dengan mencintai ALLAH kau akan
mencintaiku keranaNYA. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga
cinta itu juga kan mempertemukan kita kembali disyurga.

No comments:
Post a Comment