Ahlan wasahlan =)

11.6.12

Bersihkan OTAK dan HATI dari KEKOTORAN


Bersihkan Otak Dan Hati Dari Kekotoran
Diedit dari myilham.com.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Kekotoran adalah satu benda yang berlawanan dengan fitrah manusia. Kita sendiri, kalau terpaksa memakai pakaian yang kotor ataupun berbau untuk ke mana2 pasti sekali akan merasa tidak selesa. Sebenarnya fitrah manusia bukan hanya berlawanan dengan kekotoran luaran, bahkan juga berlawanan dengan kekotoran dalaman...
Kotor secara luaran, banyak cara untuk mengatasinya. Di pasaran terdapat pelbagai bentuk cecair mahupun serbuk pencuci yang ditawarkan. Kalau kekotoran yang terlalu degil, boleh disental dengan Clorox.
Tetapi kotor dalaman,  iaitu kotor hati, cara membersihkannya tidak sama. Kalau rasa hati tercemar, jangan pula diminum Clorox untuk membersihkannya.

mengarut! mana ada orang minum klorox nak bersihkan hati..

Betulkah tiada? Pernah anda dengar orang minum racun untuk bunuh diri? Terjun bangunan? Jerut leher dengan tali?

itu kes lain bhai. itu putus cinta, frust…

Benar. Tetapi itu hanya simptom. Sebab utamanya adalah ; si pelaku gagal untuk menemui ketenangan hati yang berpunca dari kegagalannya membersihkan kotoran2 yang melekat pada hatinya sendiri.

jagalah hati.. lawan ckit asukan syaitan tu.. jgn ikut je..

Apa Persamaan Kotor Luar Dan Kotor Dalam?

Ada persamaannya. 
Pertama ; dalam kedua2 situasi, manusia berasa tidak selesa
Kedua ; kedua2 jenis perlu disental, diberus sehingga bersih untuk menghilangkan segala kekotoran.

Dalil situasi pertama adalah ; fitrah manusia itu bersih dan dia sentiasa mahukan perkara yang bersih.

Sebab itu kita sendiri, kalau kerap kali melakukan dosa, atau terasa ada melakukan salah dengan Tuhan, kita akan rasa tidak senang duduk, hati berdebar2 dan terasa diri seperti sangat kotor. Walhal, luaran nampak bersih, kemas dan mungkin berbau wangi.
Ini adalah hakikat yang dirasai oleh semua manusia. Kenapa? Jawapannya adalah kerana fitrah manusia itu adalah bersih dan suci. Lalu dia akan sentiasa mahu kembali kepada fitrah yang suci tersebut.

Sabda Nabi s.a.w : كل مولود يولد على الفطرة –> setiap anak yang lahir itu dilahirkan dalam fitrahnya, yakni bersih dan suci.

Sebab itu orang melayu kata, anak yang baru lahir ibarat kain putih.
Lama apabila besar, banyak terpalit dosa, hati kita akan meronta2 untuk kembali menjadi putih bersih dari sebarang dosa.

Kedua : Proses menyental
Kadang2, kotoran yang biasa boleh dihilangkan dengan cucian yang biasa. Tetapi kotoran yang lama, sukar untuk hilang perlu disental dan diberus dengan kuat, barulah kotoran tersebut hilang.

"Hati juga begitu"

Kalau dosa kecil, istighfar memadai. Sebab itu Nabi s.a.w ajar kita supaya banyakkan istighfar. 

Sabda Baginda s.a.w : Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah tidak kurang dari 70 kali sehari
Dalam sebahagian riwayat lain disebut ; tidak kurang dari 100 kali.

Tetapi dosa2 besar perlu disusuli dengan TAUBAT.

Firman Allah ta’ala : Wahai orang2 beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha.

Taubat nasuha adalah taubat yang dilakukan dengan bersungguh2 oleh pelaku yang melakukan dosa2 besar. Tangisan dalam sujudnya di malam hari dengan benar2 menyesali dosa2 silamnya akan meraih keampunan daripada Allah. Itulah namanya menyental. Bukan sekadar biasa2, tetapi perlu ditekan, diraih keinsafan tersebut.

Sudah tentu, ia bukan perkara mudah. Ramai orang malas membasuh baju yang terlekat kotoran degil, kerana malasnya untuk mengeluarkan tenaga menyental dan memberus. 

Akhirnya semakin lama, kotoran semakin sukar hilang.

Hati juga begitu. Lama dibiarkan dosa2 tanpa disusuli dengan taubat, akhirnya membuatkan dosa tersebut menyeliputi hati, sehinggalah hati tidak lagi ada ruang untuk merasa insaf. Itulah namanya hati yang mati.
Sebab itu, bukan calang2 orang yang berjaya membersihkan hati mereka terutama dari kotoran degil. Lalu sabda Nabi s.a.w : التاءب عن الذنوب كمن لا ذنب له –> orang yang bertaubat dari dosa, umpama orang yang tiada dosa.

Justeru ada berbagai cara untuk membersihkan hati ( dan otak ) dari kotoran :

berbicaralah.. renungilah..
1- Banyakkan membaca Al-Quran bersama tadabbur.
Baca Al-Quran sahaja, tanpa tadabbur maknanya sukar mendatangkan keinsafan pada manusia. Memahami makna2 Al-Quran, peringatan2 Allah di dalamnya akan berupaya meraih kelembutan dari dalam jiwa manusia.


2- Torture hati sendiri
Banyakkan berhujah dengan hati dan jangan sekadar mengikut setiap bisikannya. Boleh jadi ketika terdorong melakukan maksiat, kita jarang menentang sebaliknya kerap mengikut. Ubah tabiat tersebut kepada menentang. Marah kepada setiap bisikan tersebut dan torture hati sendiri supaya bisikan tersebut kalah.

3- Usaha untuk menangis
Tangisan adalah satu perkara yang sukar bagi manusia. Betul, memang payah hendak menangis kecuali dengan hal yang remeh temeh. Putus cinta, hilang barang, terasa hati dan sebagainya. Hendak menangis mengenang dosa sangat payah. Tetapi payah tak bermakna tak boleh. Cuma perlu diusahakan. Antara caranya adalah mencari suasana yang mendorong, bangun tengah malam umpamanya. Memejam mata sambil mengingati kesalahan2 yang pernah dibuat, insyaAllah akan menangis. Tangisan ini bukan calang2, kerana powernya boleh memadamkan api neraka!!

4- Bergaul dengan orang soleh
Bersahabatlah dgn org yg membuatkan kau ingatkanNya
Dalam hadis ada disebut tentang aspek pergaulan. Seseorang yang berkawan dengan penjual minyak wangi pasti akan terlekat sama wangian tersebut. Berkawan dengan orang2 yang baik, yang soleh, yang tekun pada agama, boleh melembutkan hati kita untuk menjadi baik. Dalam masa yang sama, proses mensucikan antara akan menjadi lebih mudah.Jadi, jaga2lah dalam memilih kawan. Very important.


 5- Banyakkan ingat mati
Nabi s.a.w mengingatkan , bahawa antara cara membersihkan hati adalah dengan membaca Al-Quran dan banyak ingat mati. Kalau boleh, selalu hadiri solat jenazah jika berlaku kematian. Tolong usung keranda. Ikut ke tanah perkuburan. Tengok jenazah masuk dalam lahad. Semua ini boleh mematikan keseronokan berlebihan kita kepada dunia.





Semoga ada manfaatnya untuk peringatan bersama.

Sekian.

2 comments:

  1. bru je dgr tazkirah psl ni kt surau dpn umah smlam.. rini dpt refresh balik bce kt blog ju.. nice laaa..^_^

    ReplyDelete
  2. =).. perkogsian bersama.. rasa diri ni lalai, leka sgt =(.. moga Allah lindungi kita semua insyaALLAH...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...