Nasihat-nasihat
Imam Hassan al-Askari, salah seorang ulama keturunan Rasulullah S.A.W
Antara nasihat-nasihat daripada Imam terulung keturunan Nabi S.A.W ialah...
Tanda-tanda tawadduk ialah menyampaikan salam kepada orang yang kita temui dan duduk tanpa ada perasaan sombong.
Tanda-tanda tawadduk ialah menyampaikan salam kepada orang yang kita temui dan duduk tanpa ada perasaan sombong.
Antara
tanda-tanda yang mendatangkan kecelakaan dan kekufuran adalah seorang jiran itu
apabila melihat kebaikan jirannya yang lain, dia tidak memberitahu kepada orang
ramai, dan bila melihat keburukan jirannya, dia menyebarkannya kepada orang
ramai.
Marah
adalah kunci kejahatan.
Yang
disebut ibadat itu bukanlah banyak bersembahyang dan puasa tetapi orang yang
sering berfikir tentang ciptaan Tuhan.
Orang yang
paling warak ialah orang yang menahan diri daripada bersubahat. Orang yang
paling banyak beribadah ialah orang yang menunaikan kewajipannya. Orang yang
disebut paling zuhud adalah yang meninggalkan perkara haram. Adapun orang yang
paling hebat jihadnya ialah yang meninggalkan dosa.
Barangsiapa
menasihati kawannya secara senyap-senyap bererti dia membuat kawannya baik. Dan
barang siapa yang menasihati kawannya terang-terangan, bererti dia telah
membuat kawannya aib.
No comments:
Post a Comment