Ahlan wasahlan =)

25.9.12

Lumrah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah ku ucapkan kehadratNya,ke atas nikmatNya, kasih sayangNya, limpahan rahmatNya..

Alhamdulillah Ya Allah..

Hari demi hari, hidup-hidupku dipenuhi dengan pelbagai tugasan. FYP, presentation LI, jurnal, mathematica, geometric modelling,optimization dan sebagainya.. Bila ku renung,ilmu-ilmu sebegini sebenarnya sangat penting bagiku,sebagai hambaNya. Bukan sekadar ilmu agama yang semestinya wajib dipelajari dan diamalkan. So, sabar dan teruskan belajar..

UJIAN...

Ujian itu adalah nikmat bagi seorang insan yang bergelar hamba, yang mana tidak akan mampu untuk membayar segala pemberianNya selama hidup ini. Jadi, aku cuba untuk bersyukur seadanya, dan bersabar di atas segala apa yang telah berlaku dalam hidupku.

Ujian yang aku terima tidaklah seberat insan-insan lain di luar sana. Kata seorang sahabat, bilamana seseorang itu merasakan ujian yang dihadapinya berat, maka dongaklah ke langit. Lihatlah betapa luasnya kuasa Allah, betapa kerdilnya diri kita. Tidak perlu memandang ujian yang kecil ini sebagai satu masalah yang besar. Hadapilah ia dengan tenang, dan serahkanlah urusan itu kepadaNya,dengan syarat kita hendaklah berusaha, berdoa terlebih dahulu.

Kuatkan hati, bulatkan tekad. Kalau agak2 rasa tertekan dengan keadaan hidup sekarang, tenangkan hati, zikir banyak2 kat Dia. InsyaAllah Allah akan tenangkan hati kita.Sentiasalah tersenyum walaupun berat manapun ujian tu. Letakkan sepenuh pergantungan hanya kepadaNya, sebab, Allah dah kata, "Dengan mengingatiKu hati akan tenang."..



Tak percaya? Cuba buat dulu..=)

Teringat kat firman Allah.. Dia kata...


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi?"
"Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
[Al-Ankabut;2-3]

Maka, kalau kita mengaku beriman, semestinya kita akan diuji berdasarkan tahap kemampuan kita. Dan ingat, Allah takkan uji seseorang hamba tu,melainkan dia mampu hadapi ujian tu. Kerana apa? Kerana dialah yang menciptakan kita. Jadi, sudah semestinya Dia tahu segala2nya tentang hidup, amalan,takdir kita..

Jadi, banyak2kan mengadu kat Dia.. (bukan kat pakwe,makwe tau)

Dia yang bagi kita ujian, maka sudah semestinya Dialah yang akan bagi kita penyelesaianNya..Jadi,syukurlah sentiasa, letakkan sepenuh pengharapan hanya kepadaNya..



 Chayok2!!

Excellent for ISLAM...

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...