Hari ini, umurku kian meningkat.. Sudah lebih 20
tahun hidupku di alam fana ini.. Tatkala sedang merenung masa depan, tiba-tiba
hati dilanda kesedihan, kekesalan yang sudah pun berlalu pergi bersama masa
lampau yang makin menjauh..
Aku menghitung masa hidupku, nikmat yang telah Allah kurniakan kepadaku, dan semua hambaNya..
20 tahun :
20 x 12bulan = 240 bulan
20 x 365 hari = 7300 hari
20 x 365 hari x 24 jam = 175,200 jam
20 x 365 hari x 24 jam x 60 minit = 10, 512, 000
minit
20 x 365 hari x 24 jam x 60 minit x 60 saat =
630,720,000 saat
Kalau umur dah menjangkau 40 tahun,maka hitunglah berapa lama kesempatan yang telah Allah kurniakan kepada kita sebagai hambaNya..
Bila dihitung, terlintas di hati..Masa yang Allah bagi selama 630,720,000
saat ni, ke mana kita guna? Berapa jam yang digunakan untuk beribadah
kepadaNya?? Berapa minit daripada jumlah masa ni, terdetik di hati kita tentang
kebesaranNya?? Berapa saat hati kita teringat padaNya? Berapa kali kita
bertaubat padaNya??
Adakah masa kita bermaksiat melebihi masa kita
beribadah, berzikir, bertaubat??
Jika ada, istighfarlah..bertaubatlah dari
sekarang.. Sedarlah diri.. Ingat, kematian tidak mengenal usia. Jika Allah kata
umur kita setakat itu, maka tiada siapa yang mampu menghalangNya. Dan ketika
itu, tiada siapa yang akan mengambil upah bergaji untuk kita kerana mahu
bertaubat untuk dosa-dosa kita sepanjang hidup!
Selama kita bernafas, bagaimana dengan pemahaman
kita tentang ilmu fardhu ain, ilmu yang wajib difahami dan diamalkan oleh semua
individu? sejauh mana pembacaan tajwid kita? Sebanyak mana usaha kita untuk
memahami dan menghayati setiap ayat Al-quran yang dibaca? Berapa banyak ilmu
yang ditimba dari golongan-golongan alim ulama'? Apa sumbangan kita untuk
ISLAM?? Apa persiapan kita untuk menghadapi musuh Islam?
Wahai insan, sahabat-sahabatku, rakan seperjuanganku..
Sudah-sudahlah bermasam muka, bergaduh sana-sini kerana hak yang tidak dipenuhi. Bersyukurlah jika ada
yang melemparkan batu kepadamu kerana dia telah menyumbang kepada
kesabaranmu.. Namun begitu, bersopan-santunlah kepadanya, dan kepada
semua yang senasib dengannya. Moga-moga, dengan kebaikan kita kepadanya,
mampu membuka hati insan tersebut untuk berubah.. Jika kita sendiri
adalah insan itu, yang mana telah memberikan kesusahan kepada orang
lain, berubahlah. Biarlah kita pula yang menjadi punca kesenangan
makhlukNya.
Bagi penghafaz Al-quran, jagalah hafalan anda.
Jangan biarkan Al-quran menjadi laknat ke atas kita kelak. Sentiasalah
membacanya, mengulang kembali segala yang telah dihafal. Moga-moga, Allah
memberi kemudahan kepada kita untuk menjaga ayat-ayatNya. Amiin..
Dan bagi yang belum lagi menghafal Al-Quran, atau segala yang berkaitan, marilah sama-sama kita membaca dan menghafal kalamNya.. Sesungguhnya disebalik kesusahan itu ada keberkatannya sebagaimana yang telah dijanjikan olehNya.. Manfaatkanlah masa yang ada untuk beribadah kepadanya semaksimum mungkin, insyaAllah..
Dan bagi yang belum lagi menghafal Al-Quran, atau segala yang berkaitan, marilah sama-sama kita membaca dan menghafal kalamNya.. Sesungguhnya disebalik kesusahan itu ada keberkatannya sebagaimana yang telah dijanjikan olehNya.. Manfaatkanlah masa yang ada untuk beribadah kepadanya semaksimum mungkin, insyaAllah..
Yang terpenting, YAKINLAH DENGANNYA..
"Kita hanya merancang, Allah yang akan tentukan sama
ada perancangan itu akan terlaksana atau tidak..InsyaALLAH.."
Wallahualam
Wallahualam
No comments:
Post a Comment