Ahlan wasahlan =)

11.2.14

KEIKHLASAN.. CUKUPKAH SEKADAR DENGAN KATA-KATA?

ALHAMDULILLAH...

Syukur dengan nikmat kurniaanNya yang tidak pernah alpa dalam menyapa hidup kita setiap hari. Sebesar mana maksiat yang kita lakukan, Allah tetap memberikan rezeki yang cukup kepada kita, ketika kita dalam keadaan senang, mahupun susah. Allah sentiasa memerhati kita setiap hari. Malah, cctv Allah lebih hebat berbanding cctv ciptaan manusia yang mudah rosak.
Alhamdulillah.

 
"KEIKHLASAN"

Seringkali kita mendengar perkataan ini meniti di bibir para muslimin dan muslimat. Kadangkala juga, kita meletakkan nilai ikhlas dalam beberapa tanggungjawab yang dilakukan saban hari. Namun, sejauh mana ikhlasnya hati kita dalam menunaikan sesuatu tanggungjawab itu? Adakah sekadar ikhlas pada lisan? atau sememangnya jujur dari hati?

Manusia sering merasa tenang jika apa yang dilakukannya mendapat kerjasama dari hati. Seluruh perjalanan hidupnya indah walaupun terasa susah. Setiap hari, ucapan syukur tidak pernah lekang dari bibir. Terasa sejuk dalam lubuk hati apabila mengingatiNya. Mungkinkah ini yang dinamakan ikhlas?

Pernah saya terbaca sebelum ini..
Ikhlas itu adalah apabila seseorang itu tidak merasa susah,malas apabila melakukan sesuatu secara bersendirian, bukan sekadar beramai-ramai.

Jadi, ikhlaskah hati kita selama ini?

Tepuk dada, tanya iman di hati.

WALLAHUALAM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...